Summary: | Sistem Tempahan dan Penghantaran Makanan Diddy Pizza adalah merupakan sistem dalam talian yang berasaskan web. Diddy Pizza adalah pengusaha penjualan pizza di kawasan Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Untuk memudahkan pengurusan penjualan Diddy Pizza, satu sistem dalam talian yang berasaskan web telah dibina. Di dalam pembangunan, lima fasa telah digunakan iaitu fasa analisis keperluan, fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan dan fasa pengujian. Sistem ini mempunyai beberapa modul iaitu modul pendaftaran, modul log masuk, modul senarai menu dan harga, modul tempahan serta modul kemaskini maklumat. Sistem dibangunkan dengan perisian menggunakan PHP dan storan data MySQL. Sistem ini dapat memudahkan pelanggan melakukan proses pesanan dan tempahan pizza secara dalam talian.
|