Summary: | Sistem Pengurusan Maklumat dan Pemantauan Penanaman Cili Fertigasi merupakan sebuah sistem berasaskan web. Sistem ini berfungsi bagi merekodkan aktiviti penanaman cili yang dijalankan di ladang bermula daripada proses penyediaan tapak dan medium tanaman, benih dan semaian, pembajaan dan pengurusan tanaman, dan penuaian hasil. Sistem ini bertujuan untuk menambah baik kelemahan kaedah pengurusan maklumat penanaman cili yang sedia ada yang menggunakan borang dan kertas sebagai medium pengurusan maklumat. Kaedah konvensional ini walaubagaimanapun dilihat sebagai kurang cekap bagi mengendalikan data dan analisisnya untuk proses pemantauan. Projek ini dibangunkan dengan berpandukan model Prototaip. Manakala, pembangunan sistem direalisasikan dengan menggunakan perisian Bracket dan pangkalan data MySQL. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah Hypertext Preprocessor (PHP) dan Hypertext Mark-up Language (HTML). Umumnya sistem ini memberi kemudahan bagi membantu proses pengurusan maklumat untuk penanaman cili fertigasi, pemantauan, dan pengeluaran serta laporan yang berkaitan bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses di ladang.
|