Sistem aplikasi bantuan kerosakan kereta
Penggunaan sistem aplikasi berasaskan web kini semakin mendapat perhatian, seiring dengan kemajuan teknologi di Malaysia. Sistem Aplikasi Bantuan Kerosakan Kereta merupakan sistem aplikasi yang membantu pengguna kereta untuk mencari bengkel berdekatan dalam menyelesaikan masalah kerosakan kereta yan...
Main Authors: | , |
---|---|
Other Authors: | |
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UTHM
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/3123/1/Ch07.pdf |
Summary: | Penggunaan sistem aplikasi berasaskan web kini semakin mendapat perhatian, seiring dengan kemajuan teknologi di Malaysia. Sistem Aplikasi Bantuan Kerosakan Kereta merupakan sistem aplikasi yang membantu pengguna kereta untuk mencari bengkel berdekatan dalam menyelesaikan masalah kerosakan kereta yang dihadapi. Kebarangkalian untuk kereta mengalami kerosakan secara tiba-tiba adalah tinggi walaupun telah diselenggara mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ini menjadikan bengkel sebuah tempat yang penting untuk menyelesaikan masalah berkaitan kerosakan kereta. Namun begitu ramai pengguna kereta tidak mengetahui lokasi bengkel yang berdekatan dengan lokasi kerosakan kereta mereka. Sistem aplikasi ini menyediakan platform kepada pengguna kereta untuk mencari bengkel berdekatan ketika mengalami kerosakan kereta. Pekerja bengkel akan mendapat notifikasi yang memaklumkan bahawa seseorang memerlukan khidmat bantuan untuk membaiki kerosakan dan segera ke lokasi yang dinyatakan. Metodologi Orientasi Objek Pembangunan Perisian telah digunakan untuk membangunkan sistem aplikasi ini. Sistem aplikasi ini juga telah dibangunkan menggunakan platform Windows dan web. Berdasarkan pengujian yang telah dijalankan, sistem aplikasi ini sesuai digunakan oleh pihak lain dan mampu digunakan oleh beberapa peranti lain dalam masa yang sama. Sistem aplikasi ini dijangka akan membantu menjadikan carian bengkel lebih mudah dan efisien. Sistem aplikasi ini juga membantu pengguna kereta dalam mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai bengkel yang dipilih |
---|