Summary: | Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dan telah mencapai pembangunan sosioekonomi pada masa kini. Walau bagaimanapun, Malaysia masih menghadapi beberapa cabaran dalam menguruskan alam sekitar iaitu isu perubahan iklim. Isu perubahan iklim ini adalah isu alam sekitar pada masa kini yang semakin mendapat perhatian oleh masyarakat di seluruh dunia. Terdapat beberapa isu alam sekitar iaitu hujan asid, penipisan lapisan ozon, pemanasan global, dan pencemaran air. Isu alam sekitar ini semakin berleluasa di seluruh dunia dan semakin ramai institusi serta individu cuba untuk menangani masalah ini (Cordano et al., 2010).
|