Summary: | Malaysia adalah sebuah negara yang boleh dikelaskan sebagai negara yang masih muda tetapi telah menjalani banyak perubahan dalam struktur ekonominya. Untuk merealisasikan Wawasan 2020, kerajaan mula menceburi dan mempergiatkan diri di dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Penglibatan ini adalah sangat penting bagi membolehkan kerajaan mencapai tahap 7 peratus per tahun dalam pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang diperlukan dalam visi merealisasikan impian Wawasan 2020. Bagi rancangan jangka panjang kedua (RRJP2), sasaran pertumbuhan tersebut berjaya dicapai melalui penglibatan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Sejak 30 tahun yang lalu, KDNK dalam sektor pembuatan telah menurun dari 24.6 peratus kepada 22.3 peratus, namun sektor perkhidmatan telah mencatatkan peningkatan dari 46.8 peratus kepada 57.7 peratus (Kasim, 2020).
|