Faktor pendorong pelajar UTHM dalam bidang keusahawanan

Perniagaan merupakan satu bidang kerjaya yang sangat penting bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh negara. Kebanyakkan peluang pekerjaan adalah berasaskan perniagaan sama ada berniaga sendiri atau membantu perniagaan individu lain. Kerajaan amat menitik berat usahawan-usahawan di Malaysia bagi m...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Fakhrul Anwar, Muhammad Izzat Akmal, Ahmad, Nurazwa, Kamaruddin, Nor Kamariah
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3183/1/Bab07.pdf
Description
Summary:Perniagaan merupakan satu bidang kerjaya yang sangat penting bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh negara. Kebanyakkan peluang pekerjaan adalah berasaskan perniagaan sama ada berniaga sendiri atau membantu perniagaan individu lain. Kerajaan amat menitik berat usahawan-usahawan di Malaysia bagi membantu untuk memajukan lagi negara ini sejurus memberi peluang pekerjaan kepada rakyat. Menurut Yusof (2010), golongan usahawan merupakan golongan penting yang diterima masyarakat kepada pembangunan negara dan merupakan perubahan kepada ekonomi negara. Selaras dengan wawasan Malaysia 2020, kerajaan berhasrat untuk menjadikan negara ini penuh dengan masyarakat berciri keusahawanan yang mempunyai daya kreatif dan inovatif (Zulfakar et al., 2010). Malaysia bersungguh-sungguh mengubah keadaan masyarakatnya untuk tidak terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata kepada bekerja sendiri. Kerajaan menyarankan agar masyarakat menjadi usahawan terutamanya pelajar lepasan universiti. Hal ini disebabkan oleh mereka masih muda dan kuat daripada segi fizikal untuk melaksanakan kerja-kerja usahawan. Alumni daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sangat sesuai dalam menceburi bidang keusahawanan. Hal ini disebabkan oleh, pelajar yang dihasilkan oleh UTHM adalah kebanyakannya daripada bidang kejuruteraan dan perniagaan.