Model susun atur berorientasikan proses di Kilang Mak Aji Sdn. Bhd.

Perancangan susun atur yang sistematik adalah mengikut kesesuaian keperluan penggunaan peralatan dalam organisasi. Organisasi yang terlibat dalam sektor pembuatan memerlukan perancangan yang baik untuk menyusun atur peralatan yang digunakan untuk menghasilkan produk, mesin untuk memproses bahan ment...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hamdan, Hayati Na’imi, Rodzalan, Shazaitul Azreen, Mohd Noor, Noor Nazihah, Abdullah, Nor Hazana
Other Authors: Ahmad, Nurazwa
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3189/1/Bab11.pdf
Description
Summary:Perancangan susun atur yang sistematik adalah mengikut kesesuaian keperluan penggunaan peralatan dalam organisasi. Organisasi yang terlibat dalam sektor pembuatan memerlukan perancangan yang baik untuk menyusun atur peralatan yang digunakan untuk menghasilkan produk, mesin untuk memproses bahan mentah menjadi bahan siap dan pelbagai peralatan sampingan seperti kerusi dan meja yang digunakan. Kesemua prasarana ini perlu dikoordinasikan dalam satu bentuk susun atur yang efektif dan terancang bagi membolehkan aliran pemprosesan produk berfungsi dengan lancar (Khamis, 1992). Heizer dan Render (2006) berpendapat bahawa keputusan susun atur yang baik dan sistematik adalah dengan menempatkan mesin-mesin yang akan digunakan dalam proses pengeluaran produk di tempat yang betul. Penyusunan aliran bahan mentah dan para pekerja yang diterima mestilah diperolehi dengan lancar antara satu bahagian ke bahagian yang lain dalam aktiviti pembuatan. Dalam industri pembuatan, perancangan susun atur digunakan sebagai langkah awal untuk memastikan operasi pengeluaran dijalankan dengan lancar.