Integrasi realiti terimbuh (AR) dalam aktiviti mewarna

Mewarna merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang digunakan untuk meningkatkan kemahiaran psikomotor dan kreativiti kanak-kanak. Namun begitu, kandungan yang disediakan di dalam buku mewarna adalah bersifat statik dan tidak menyediakan elemen-elemen dinamik seperti interaktiviti. Kanak-kanak mud...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ab. Basir, Abdul Qayyum, Wahid, Noorhaniza, A. Hamid, Rahayu, Murli, Norhanifah
Other Authors: Ismail, Mohd Norasri
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3247/1/Bab10.pdf
Description
Summary:Mewarna merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang digunakan untuk meningkatkan kemahiaran psikomotor dan kreativiti kanak-kanak. Namun begitu, kandungan yang disediakan di dalam buku mewarna adalah bersifat statik dan tidak menyediakan elemen-elemen dinamik seperti interaktiviti. Kanak-kanak mudah merasa bosan kerana tiada interaksi dua hala yang berlaku antara mereka dan karakter ketika proses mewarna dilakukan. Sebagai penambahbaikan terhadap permasalahan tersebut, satu aplikasi mewarna yang dinamakan Dr Bubble Coloring AR dibangunkan. Aplikasi ini menggunakan teknik realiti terimbuh (AR) yang diintegrasikan ke dalam aplikasi mewarna. Imej yang diwarnakan menjadi penanda untuk diimbas oleh peranti mudah alih lalu dipaparkan secara maya dalam bentuk tiga dimensi (3D). Aplikasi ini menyediakan bebutang interaksi bagi membolehkan pengguna berinteraksi dengan karakter serta mengesan objek yang diwarnakan di dalam buku mewarna. Secara keseluruhan, 75% responden sangat bersetuju aplikasi ini menarik dan menyeronokkan, manakala 84% responden sangat bersetuju keseluruhan aplikasi ini berfungsi dengan baik dan sempurna.