Persepsi penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru sekolah menengah teknik
Kajian ini dilaksanakan untuk melihat persepsi guru-guru terhadap penggunaan komputer yang diterapkan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah teknik khususnya. Seiring dengan itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengetahui kelebihan dan masalah atau kekangan yang dijangka me...
প্রধান লেখক: | |
---|---|
বিন্যাস: | গবেষণাপত্র |
ভাষা: | English English English |
প্রকাশিত: |
2002
|
বিষয়গুলি: | |
অনলাইন ব্যবহার করুন: | http://eprints.uthm.edu.my/3281/1/HAMIDAH%20BT%20ABD.%20LATIFF%20-%20declaration.pdf http://eprints.uthm.edu.my/3281/2/HAMIDAH%20BT%20ABD.%20LATIFF%20-%2024p.pdf http://eprints.uthm.edu.my/3281/3/HAMIDAH%20BT%20ABD.%20LATIFF%20-%20fulltext.pdf |
সংক্ষিপ্ত: | Kajian ini dilaksanakan untuk melihat persepsi guru-guru terhadap penggunaan
komputer yang diterapkan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah
menengah teknik khususnya. Seiring dengan itu, kajian ini juga dijalankan untuk
mengetahui kelebihan dan masalah atau kekangan yang dijangka mempengaruhi guruguru
untuk menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan. Seramai 136 orang guru daripada 3 buah sekolah menengah teknik telah
dipilih sebagai responden bagi membantu menjayakan kajian ini. Kajian ini
dilaksanakan dengan menggunakan borang soal selidik dan analisis data dibuat
menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS). Data-data yang
diperolehi daripada borang kaji selidik dianalisa menggunakan kekerapan, peratusan dan
pengiraan min. Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
aplikasi komputer di kalangan guru-guru di sekolah menengah teknik sememangnya
wujud. Pandangan positif daripada para guru terhadap aplikasinya dalam proses
pembelajaran serta persetujuan mereka dengan faedah yang diperolehi telah
membuktikan kejayaan penyerapan penggunaan komputer dalam sistem pendidikan
masa kini. Selain daripada itu, telah diketahui juga bahawa kurangnya kemudahan
infrastruktur dan fizikal serta bebanan tugas merupakan punca utama yang
mempengaruhi penggunaan komputer di sekolah-sekolah. Ini menunjukkan masih
terdapat kecacatan dalam perlaksanaan idea ini dan diharapkan kajian ini dapat dijadikan
garis panduan mahupun mencetus idea bagi menyelesaikan masalah tersebut di samping
mempertingkatkan lagi penggunaan komputer di sekolah-sekolah. |
---|