Pembangunan kerangka strategi dalam penyelesaian harta tanah Al-Mafqud di Malaysia
Orang hilang atau istilah dalam bahasa arab dikenali sebagai al-Mafqud merupakan golongan yang tidak pasti keadaan sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia. Isu al-Mafqud menjadi perhatian semenjak tragedi MH 370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac 2014. Namun, isu al-Mafqud ini sebenarnya...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/344/1/24p%20MUHAMMAD%20AZWAN%20SULAIMAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/344/2/MUHAMMAD%20AZWAN%20SULAIMAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/344/3/MUHAMMAD%20AZWAN%20SULAIMAN%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Orang hilang atau istilah dalam bahasa arab dikenali sebagai al-Mafqud merupakan
golongan yang tidak pasti keadaan sama ada masih hidup atau telah meninggal
dunia. Isu al-Mafqud menjadi perhatian semenjak tragedi MH 370 yang dilaporkan
hilang sejak 8 Mac 2014. Namun, isu al-Mafqud ini sebenarnya bukan hanya
menimbulkan persoalan dari aspek status sahaja, bahkan turut menimbulkan
persoalan mengenai isu pengurusan harta milik al-Mafqud. Hal ini kerana,
sepanjang tempoh kehilangan al-mafqud tersebut, hartanya dibekukan. Menurut
laporan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), harta tanah al-Mafqud
mencecah nilaian berbillion ringgit. Fenomena ini telah menimbulkan pelbagai
masalah yang semakin kritikal dan amat sukar untuk diselesaikan di mana boleh
menyebabkan kesan buruk kepada masyarakat Islam. Dalam masa yang sama, jika
harta itu diuruskan dengan bijak, ia akan memberi kesan yang positif kepada
masyarakat, ekonomi dan pendidikan umat Islam. Objektif pertama kajian ini
adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada pembekuan
harta al-Mafqud di Malaysia. Skop kajian adalah harta tak alih al-Mafqud atau
dikenali sebagai harta tanah al-Mafqud. Seterusnya objektif kedua ialah mengkaji
kesan dan implikasi terhadap pembekuan harta tanah al-Mafqud. Metodologi kajian
ini menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnnya dengan penggunakan kaedah
grounded theory. Seramai 10 responden terlibat dalam kajian menerusi
persampelan bertujuan yang terdiri daripada pihak pewaris al-Mafqud dan wakil
pihak berwajib. Data yang diperolehi di analisis dengan bantuan perisian Atlas.Ti.
Hasil kajian mendapati empat punca utama pembekuan harta tanah al-Mafqud iaitu
isu perundangan, kedudukan sosial, sikap, dan kelemahan agensi. Kajian mendapati
isu ini telah membawa kesan dan implikasi kepada isu permilikan, pembangunan
dan ekonomi, kualiti hidup dan pengurusan harta tanah. Ini jelas menunjukkan
kesan pembekuan harta tanah al-Mafqud memberi impak yang besar kepada
agama, pewaris dan negara. Manakala objektif ketiga ialah menggariskan cadangan
kepada kerangka strategi penyelesaian terhadap harta tanah al-Mafqud di Malaysia.
Antaranya kerangka strategi ini ialah aspek Pemerkasaan Perundangan, penubuhan
Suruhanjaya, Pembentukan agensi khas dan pendekatan melalui kempen dan
pendidikan. Wujudnya cadangan kerangka strategi penyelesaian ini di harap dapat
membantu pihak berwajib untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam
menyelesaikan pembekuan harta tanah al-Mafqud di Malaysia dan boleh
dimanfaatkan sebaik mungkin. |
---|