Pembangunan produk dan reka bentuk : siri 1

Buku siri pertama yang diusahakan oleh Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, mengumpulkan lapan artikel yang ditulis secara berasingan. Artikel–artikel yang disumbangkan meliputi tajuk-tajuk terkini dalam pembangunan produk dan reka bentuk dalam bidang Pend...

Full description

Bibliographic Details
Other Authors: Rahim, Mohd Bekri
Format: Book
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/4157/1/Pembangunan%20Produk%20dan%20Rekabentuk%20Siri%201.pdf
Description
Summary:Buku siri pertama yang diusahakan oleh Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, mengumpulkan lapan artikel yang ditulis secara berasingan. Artikel–artikel yang disumbangkan meliputi tajuk-tajuk terkini dalam pembangunan produk dan reka bentuk dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Dalam menyediakan buku ini, pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi sebelum dapat menghasilkan sebuah buku yang amat mantap dari segi isi penyampaiannya. Buku ini memaparkan lapan artikel kajian dalam pembangunan produk bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Pelbagai alat bantu pengajaran, seiring dengan peredaran masa telah dipaparkan yang boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional. Kesemua penulis yang menyumbang artikel dalam buku ini adalah individu yang telah lama berkecimpungan dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang memberi sumbangan dalam menghasilkan buku ini. Terutamanya, ucapan terima kasih kepada Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Prof. Dr. Ahmad Bin Esa dan Prof. Dr. Maizam Binti Alias yang telah memberi sokongan dan dorongan dalam memastikan projek ini mencapai matlamatnya. Penghargaan dan terima kasih juga kepada panel penilai kerana memperuntukkan masa dalam membaca dan membetulkan artikel.