Model konsep pembelajaran e-talaqqi bagi pengajian ilmu-ilmu Islam
Pengorekan merupakan satu proses penyingkiran dan mengangkut sedimen tanah laut dari satu tempat ke tempat lain untuk mendalamkan laluan kapal laut di kawasan pelabuhan. Pengorekan sedimen tersebut dikenali sebagai kerukan tanah laut (DMS). DMS dikenali sebagai geo-sisa kerana memiliki pelbagai k...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/4938/1/24p%20NURHAFIZA%20HAMZAH.pdf http://eprints.uthm.edu.my/4938/2/NURHAFIZA%20HAMZAH%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/4938/3/NURHAFIZA%20HAMZAH%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Pengorekan merupakan satu proses penyingkiran dan mengangkut sedimen tanah laut
dari satu tempat ke tempat lain untuk mendalamkan laluan kapal laut di kawasan
pelabuhan. Pengorekan sedimen tersebut dikenali sebagai kerukan tanah laut (DMS).
DMS dikenali sebagai geo-sisa kerana memiliki pelbagai kelemahan dalam sifat
kejuruteraan seperti lemah kekuatan, tinggi kemampatan dan kebolehtelapan yang
rendah. Di Malaysia, DMS biasanya dilupuskan dan tidak dikitar semula. Penyelidikan
ini fokus kepada mempercepatkan kadar pengukuhan tanah dengan mengawal saliran
supaya berpotensi untuk diguna semula di kawasan penambakan tanah. Bahan sisa
industri yang berbutir diadaptasikan sebagai media saliran seperti bahan sisa turapan
jalan (RPM) dan klinker minyak sawit (POC). Bahan pasir digunakan sebagai bahan
kawalan dalam penyelidikan ini. Ujian oedometer standard dan modifikasi besar
dilaksanakan untuk menyiasat keberkesanan bahan bebutir sebagai saliran dalam
tingkatkan kadar pengukuhan DMS. Sampel DMS mempunyai kandungan air yang
tinggi iaitu 218% dan diklasifikasikan sebagai tanah liat keplastikan tinggi. Komposisi
kimia menunjukkan natrium oksida, silika oksida dan aluminium oksida yang agak
tinggi, sementara POC dan RPM silika oksida. Sampel yang tebal sebanyak 50% dan
100% bahan bebutir diuji dalam uijian oedometer dengan konfigurasi saliran yang
berbeza (satu lapisan, dua lapisan dan radial). Pada pengukuhan akhir, ia memberi
satu menunjukkan kadar pengukuhan terhadap ketebalan lapisan yang ke 100% pada
semua bahan bebutir telah singkatkan masa pengukuhan bervariasi sebanyak 9%
hingga 29% berbanding lapisan saliran berketebalan 50%. Dengan kehadiran bahan
bebutir sebagi lapisan saliran untuk DMS, sekaligus mempermudahkan proses laluan
air liang dengan lebih cepat dan nilai pekali pengukuhan (Cv) yang tinggi dengan 1.3
– 5.7 m
2
/tahun. Ketara apabila ketebalan lapisan saliran mempengaruhi jumpal
kebolehmampatan (mv) dan Cv. Hasil kajian menunjukkan bahawa lapisan saliran
bebutir mempercepatkan proses pengukuhan DMS dan boleh digunapakai projek
pembinaan pada masa hadapan seperti penambakan tanah. |
---|