Summary: | Dengan perkembangan teknologi kini, salah satu pendekatan pengajaran yang baharu adalah menggunakan model. Kajian ini dijalankan untuk membangunkan satu model iaitu Model Sistem Sanitasi, Perparitan dan Pembentungan sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM) dalam subjek Sistem Sanitasi, Perparitan dan Pembentungan dalam kalangan guru dan pelajar dalam bidang Teknologi Pembinaan. Objektif kajian ini adalah membangunkan model Sistem Sanitasi, Perparitan dan Pembentungan yang sesuai dari segi bahan dan reka bentuk serta menguji kebolehfungsiannya sebagai ABBM bagi subjek Sistem Sanitasi, Perparitan dan Pembentungan. Data yang diperolehi dalam kajian ini pula adalah hasil analisis data yang dibuat menggunakan borang soal selidik. Analisis data dalam kajian ini secara manual dengan menggunakan kalkulator dan dipersembahkan dalam bentuk peratusan dan taburan kekerapan. Pengkaji telah memilih lima orang responden yang pakar dalam subjek Sistem Sanitasi, Perparitan dan Pembentungan untuk menjadi sampel kajian. Melalui hasil analisis data menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa model ini sesuai dibangunkan dan boleh digunakan sebagai ABBM dalam subjek Sistem Sanitasi, Perparitan dan Pembentungan
|