Pembangunan aplikasi mudahalih android “Moneytracker"

Seperti yang kita semua sedia maklum, pinjaman pendidikan adalah sumber utama kewangan untuk pelajar pengajian tinggi di Malaysia.Sebagai pelajar universiti atau kolej, mereka perlu bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan mereka sendiri, bagi memastikan keseimbangan pengurusan wang keluar dan wa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nathan, Shelena Soosay, Tang Ren, Shyang, Micheal Law, Mao Sheng, Chong, Shan Choon
Other Authors: Berahim, Mazniha
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit Uthm 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/5945/1/BDB%202018%20%284%29%281%29.pdf
Description
Summary:Seperti yang kita semua sedia maklum, pinjaman pendidikan adalah sumber utama kewangan untuk pelajar pengajian tinggi di Malaysia.Sebagai pelajar universiti atau kolej, mereka perlu bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan mereka sendiri, bagi memastikan keseimbangan pengurusan wang keluar dan wang masuk harian. Dapatan kajian membuktikan bahawa pelajar-pelajar pengajian tinggi kekurangan pengetahuan dalam pengurusan kewangan dan kebanyakan mereka tidak mengambil berat mengenainya [1,2]. Dengan kata lain, pelajar tidak menyedari kepentingan dalam pengurusan kewangan dan mereka tidak bersedia untuk mencari jalan penyelesaian yang betul untuk mengurus kewangan sehingga mereka kekurangan wang pada akhir semester. Kajian juga menunjukkan bahawa kekurangan pengetahuan pengurusan kewangan akan menimbulkan masalah pengurusan kewangan. Tidak dinafikan, pengetahuan pengurusan kewangan adalah perlu bagi pelajar untuk menguruskan perbelanjaan mereka yang membawa kepada kewangan yang lebih terancang oleh mereka.Menurut penulis [1], kemahiran pengurusan kewangan didefinisikan sebagai pengetahuan dan pemahaman yang membolehkan orang ramai untuk memperolehi dan menangani perkara-perkara kewangan seharian untuk membuat keputusan yang terbaik. Oleh itu, pelajar perlu mempunyai pengurusan yang bijak mengenai kewangan merekauntuk masa depan mereka atau untuk negara, kerana kebanyakan kadar kemiskinan dan muflis berlaku disebabkan oleh pengurusan kewangan yang lemah.