Aplikasi M-pembelajaran dalam kalangan pelajar politeknik
Pembangunan dan kemajuan teknologi mudah alih berkembang pesat setelah teknologi ini diterapkan dalam sistem pendidikan di Malaysia. M-pembelajaran adalah pendekatan pembelajaran yang menentukan penguasaan pengetahuan dan kemahiran melalui teknologi mudah alih. Oleh yang demikian, kajian ini dijalan...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Politeknik Nilai
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/6352/1/AJ%202020%20%28297%29.pdf |
Summary: | Pembangunan dan kemajuan teknologi mudah alih berkembang pesat setelah teknologi ini diterapkan dalam sistem pendidikan di Malaysia. M-pembelajaran adalah pendekatan pembelajaran yang menentukan penguasaan pengetahuan dan kemahiran melalui teknologi mudah alih. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap penggunaan m-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran, faktor-faktor yang penggunaan m-pembelajaran serta sikap pelajar terhadap penggunaan m-pembelajaran ini dalam kalangan pelajar politeknik. Kajian ini berbentuk tinjauan secara deskriptif dan melibatkan seramai 322 sampel pelajar Politeknik Ibrahim Sultan. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen bagi tujuan pengumpulan data. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 21.0. Hasil analisis didapati tahap penggunaan m-pembelajaran dalam kalangan pelajar adalah tinggi. Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan m-pembelajaran seperti persepsi kebergunaan (Perceived Usefulness - PU) dan persepsi mudah digunakan (Perceived Ease of Use-PEOU) berada pada tahap tinggi. Manakala sikap pelajar terhadap penggunaan m-pembelajaran dalam pembelajaran sangat positif. Dapatan kajian ini berguna kepada pensyarah serta pentadbir politeknik dalam meningkatkan penggunaan m-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran. |
---|