Faktor-faktor yang mempengaruhi ketidakcekapan teknik industri pembuatan elektrik dan elektronik di Malaysia
Industri pembuatan elektrik dan elektronik (E&E) merupakan salah satu sektor terpenting di Malaysia yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Namun, perkembangan pesat sektor ini pada peringkat global menuntut industri pembuatan E&E untuk menjadi lebih berdaya saing da...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/6487/1/24p%20AMMAR%20FIKREE%20MOHAMED%20JOFREE.pdf http://eprints.uthm.edu.my/6487/2/AMMAR%20FIKREE%20MOHAMED%20JOFREE%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/6487/3/AMMAR%20FIKREE%20MOHAMED%20JOFREE%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Industri pembuatan elektrik dan elektronik (E&E) merupakan salah satu sektor
terpenting di Malaysia yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK). Namun, perkembangan pesat sektor ini pada peringkat global menuntut
industri pembuatan E&E untuk menjadi lebih berdaya saing dan mempunyai strategi
bagi meningkatkan kuantiti nilai tambah yang menggunakan input sedia ada.
Kecekapan dan pertumbuhan sektor pembuatan E&E menyusut sebanyak 4.9% pada
tahun 2015 berbanding dengan 6.2% pada tahun 2014. Ketidaktentuan kecekapan dan
trend pertumbuhan ini memerlukan perhatian dalam mengenal pasti tahap kecekapan
teknik (TE) dan faktor-faktor penentu ketidakcekapan teknik dalam industri
pembuatan E&E di Malaysia pada tahun 2015 melalui penggunaan data pada peringkat
firma yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Kajian ini
menggunakan sampel 587 data firma daripada 13 sub industri pembuatan E&E.
Metodologi kajian ini adalah dengan menggunakan Analisis Perbatasan Stokastik
(SFA) melalui pendekatan Transendental Logarithma atau Translog. Keputusan kajian
menunjukkan tahap pengeluaran TE industri pembuatan E&E di Malaysia secara
keseluruhannya, berada pada tahap tinggi iaitu 0.723%. Sementara itu, faktor penentu
ketidakcekapan teknik iaitu kadar upah; perbelanjaan teknologi komunikasi dan
maklumat (ICT); serta perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
mempunyai kesan negatif dan signifikan terhadap ketidakcekapan teknik industri
pembuatan E&E pada tahun 2015. Impikasi dapatan menunjukkan industri ini masih
perlu meningkatkan pelaburan, terutamanya dari aspek modal insan serta tahap
teknologi dan inovasi. |
---|