Keberkesanan modul pengintegrasian teori penyelesaian masalah inventif dalam pembelajaran berasaskan masalah di UTHM
Penguasaan kemahiran penyelesaian masalah merupakan aspek yang diperlukan dalam bidang industri. Oleh itu, pendidik haruslah mengubah strategi pengajaran kepada kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) yang diintergrasikan Teori Penyelesaian Masalah Secara Inventif (Theory of Inventive Proble...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/6491/1/24p%20CHE%20WAN%20HUSNA%20SYAHIRAH%20CHE%20WAN%20RAZAK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/6491/2/CHE%20WAN%20HUSNA%20SYAHIRAH%20CHE%20WAN%20RAZAK%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/6491/3/CHE%20WAN%20HUSNA%20SYAHIRAH%20CHE%20WAN%20RAZAK%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Penguasaan kemahiran penyelesaian masalah merupakan aspek yang diperlukan
dalam bidang industri. Oleh itu, pendidik haruslah mengubah strategi pengajaran
kepada kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) yang diintergrasikan Teori
Penyelesaian Masalah Secara Inventif (Theory of Inventive Problem Solving (TRIZ)).
Tujuan kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan pengintegrasian TRIZ dalam
PBM untuk menyelesaikan masalah semasa menyiapkan tugasan kerja kursus. Reka
bentuk kajian ini adalah berbentuk kuasi eksperimental “Pretest-Posttest
Nonequivalent Control Group Design”. Kajian ini menggunakan pendekatan
kuantitatif yang melibatkan pelajar teknikal di Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Sampel kajian
merangkumi dua kumpulan iaitu Kumpulan Rawatan (KR) seramai 54 orang dan
Kumpulan Kawalan (KK) seramai 60 orang pelajar yang mengambil kursus
BBP10502 Kreativiti dan Inovasi dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV)
semester II 2019/2020. Instrumen kajian merangkumi tugasan kerja kursus pra dan
pasca serta rubrik penilaian tugasan kerja kursus untuk menilai tahap penguasaan
kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar KR dan KK. Hasil dapatan
kajian menunjukkan bahawa pelajar KR dan KK mempunyai tahap penguasaan
kemahiran penyelesaian masalah yang sama iaitu majoriti pelajar mendapat tahap yang
lemah dan diikuti dengan tahap sangat lemah dan memuaskan. Terdapat perbezaan
yang signifikan secara statistik min markah tugasan kerja kursus pasca antara KR dan
KK secara keseluruhan. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
yang signifikan secara statistik min markah antara tugasan kerja kursus pra dan pasca
secara keseluruhan bagi KR dan KK. Modul Pengintegrasian TRIZ dalam PBM dapat
meningkatkan tahap penguasaan kemahiran penyelesaian masalah disamping memberi
kesan yang signifikan kepada pencapaian pelajar untuk penyelesaian masalah semasa
menyelesaikan tugasan kerja kursus yang berbentuk PBM. |
---|