Kesediaan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara) dalam menceburi profesion perguruan

Pada masa kini, pengetahuan dan kesediaan bagi menceburi bidang pendidikan dalam kalangan pelajar dalam pendidikan adalah elemen penting untuk menjadi bakal guru yang berdedikasi serta berwibawa. Oleh sebab itu, kajian deskriptif ini telah dijalankan untuk mengetahui tahap kesediaan bakal guru...

Fuld beskrivelse

Bibliografiske detaljer
Main Authors: Mohamad Salleh, Mohamad Fahmi Izwan, Razali, Nizamuddin, Abdul Rahman, Khairul Anuar, Rahim, Mohd Bekri, Nur Yunus, n Faizal Amin
Format: Conference or Workshop Item
Sprog:English
Udgivet: 2021
Fag:
Online adgang:http://eprints.uthm.edu.my/6677/1/P13708_d91991ed36b6f1f10b5a484307498fbf.pdf
Beskrivelse
Summary:Pada masa kini, pengetahuan dan kesediaan bagi menceburi bidang pendidikan dalam kalangan pelajar dalam pendidikan adalah elemen penting untuk menjadi bakal guru yang berdedikasi serta berwibawa. Oleh sebab itu, kajian deskriptif ini telah dijalankan untuk mengetahui tahap kesediaan bakal guru Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara) di Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Aspek-aspek yang dilihat dalam kajian ini adalah tahap pengetahuan terhadap profession perguruan dan tahap persediaan bakal guru dalam menceburi profession perguruan. Ujian korelasi turut dijalankan bagi mengenalpasti hubungan antara tahap pengetahuan pelajar terhadap profesion perguruan dengan tahap kesediaan mereka. Seramai 42 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara) dipilih untuk tujuan ini. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 30 orang pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pendidikan Vokasional daripada bidang lain untuk menguji kebolehpercayaan instrumen kajian dan nilai keseluruhan yang didapati adalah 0.96. Hasil dapatan mendapati pengetahuan pelajar terhadap profesion perguruan berada pada tahap yang sangat tinggi (M=4.63, SP=0.40) serta tahap kesediaan untuk menceburi profesion perguruan juga berada pada tahap yang sangat tinggi (M=4.56, SP=0.45). Analisis korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan positif yang sangat kuat r=.78; p<.05 dan signifikan antara pengetahuan pelajar dan kesediaan pelajar menceburi profesion perguruan. Kesimpulannya, pelajar tahun akhir FPTV bidang penyejukbekuan dan penyamanan udara telah mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kesediaan berkaitan bagi menceburi profesion perguruan.