Summary: | Sistem Pengambilan Tanah (Perbicaraan) adalah sebuah
sistempengambilan tanah berdasarkan Akta Pengambilan Tanah 1960 yang
memfokuskan pada proses perbicaraan di Terengganu. Sistem ini dibangunkan bagi
menggantikan kaedah manual kepada kaedah bersistem menggunakan aplikasi
berasaskan web. Tujuan sistem ini dibangunkan adalah untuk menambahbaik
kelemahan kaedah manual yang digunakan. Kaedah manual yang digunakan dilihat
kurang cekap kerana borang G dan H memakan masa yang lama untuk disiapkan dan
maklumat pada borang pengambilan tanah tidak seragam antara daerah dengan daerah
yang lain. Sistem ini menyediakan borang-borang yang perlu diisi oleh pengguna
sebelum perbicaraan berlangsung. Pada hari perbicaraan, pengguna hanya perlu
mengemaskini maklumat berdasarkan apa yang diperoleh dari hasil perbicaraan yang
berlangsung seterusnya dapat mencetak borang G dan H untuk diedarkan kepada
individuyang berkepentingan. Melalui sistem ini, proses edaran borang G dan H dapat
dipercepatkan dan setiap maklumat pada borang-borang tersebut dapat diseragamkan.
Model prototaip digunakan untuk membangunkan sistem ini. Manakala
pembangunan sistem menggunakan perisian Apache sebagai pelayan web dan
MySQL sebagai pangkalan data. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah
Hypertext Preprocessor (PHP) dan Hypertext Mark-up Language (HTML).
Umumnya, sistem ini dibangunkan bagi membantu kakitangan bahagian pengambilan
tanah Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian (PTG)Terengganu dan Pejabat Daerah
Terengganu dengan meningkatkan produktiviti kerana dapat mempercepatkan
sesuatu proses
|