Pembangunan Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) asas transfomer dalam mesin kimpalan

Alat bahan bantu mengajar (ABBM) adalah penting digunakan untuk meningkatkan pemahaman pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kajian ini bertujuan untuk merekabentuk dan membangun ABBM bagi konsep asas transformer dalam mesin kimpalan serta mengenal pasti kebolehfun...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Amiruddin, Mohd Hasril, Sumarwati, Sri, Mahusin, Nor Asmida
Other Authors: Razali, Nizamuddin
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/6775/1/4.pdf
Description
Summary:Alat bahan bantu mengajar (ABBM) adalah penting digunakan untuk meningkatkan pemahaman pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kajian ini bertujuan untuk merekabentuk dan membangun ABBM bagi konsep asas transformer dalam mesin kimpalan serta mengenal pasti kebolehfungsian ABBM yang dibangunkan. Dalam membangunkan ABBM ini, pengkaji akan menggunakan model ADDIE sebagai panduan. Berdasarkan dapatan kajian ini, pengkaji telah merekabentuk ABBM yang baru dengan menggunakan transformer sebagai komponen utama menggantikan transformer sebelum ini yang terdapat di dalam mesin kimpalan. Manakala mentol pula adalah sebagai indikator bagi output keluaran menggantikan osiloskop yang ingin digunakan pada awalnya. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ABBM yang dibangunkan ini sesuai serta boleh digunakan oleh pelajar kimpalan bagi mengetahui fungsi utama transformer. Ini kerana, berdasarkan kepada subjek kimpalan yang pelajar pelajari, terdapat konsep asas transformer di dalam mesin kimpalan arka. Pelajar seharusnya memahami konsep asas transformer serta kaitkan dengan penggunaan voltan bagi pengendalian di dalam mesin kimpalan. Justeru itu, ABBM ini sesuai untuk digunakan di dalam bidang kimpalan bagi mengetahui fungsi asas transfomer. Selain itu, ABBM yang dibangunkan ini boleh dimajukan lagi penggunaannya untuk pelajar elektrik gunakan sebagai ABBM bagi subjek transformer.