Alat pengesan paras dan kualiti air sistem menara pendingin berbantukan IoT

Alat Pengesan Paras dan Kualiti Air Sistem Menara Pendingin berbantukan IoT ini merupakan sejenis alat yang boleh memantau, merekod dan membaca paras dan kualiti air menggunakan telefon pintar. Pengguna sebelum ini perlu memanjat menara pendingin untuk memantau paras dan kualiti air sistem men...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Diris, Siti Nur Fazirah, Abdul Rahman, Khairul Anuar, Rahim, Mohd Bekri, Razali, Nizamuddin, Gerijih, Debie Devisser
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/6779/1/8.pdf
Description
Summary:Alat Pengesan Paras dan Kualiti Air Sistem Menara Pendingin berbantukan IoT ini merupakan sejenis alat yang boleh memantau, merekod dan membaca paras dan kualiti air menggunakan telefon pintar. Pengguna sebelum ini perlu memanjat menara pendingin untuk memantau paras dan kualiti air sistem menara pendingin. Ini menyebabkan pekerja memerlukan tenaga kerja dan masa penyelenggaraan yang banyak dalam kerja penyelenggaraan sistem menara pendingin. Antara objektif kajian ini adalah mereke bentuk Alat Pengesan Paras dan Kualiti Air Sistem Menara Pendingin berbantukan IoT, membangunkan reka bentuk Alat Pengesan Paras dan Kualiti Air Sistem Menara Pendingin berbantukan IoT dan menguji kesesuain penggunaan bahan yang digunakan dalam Alat Pengesan Paras dan Kualiti Air Sistem Menara Pendingin berbantukan IoT. Produk ini menggunakan aplikasi Blynk sebagai platform untuk memantau paras dan kualiti air sistem menara pendingin dan menghantar data yang dikumpul kepada telefon pintar pengguna. Proses pembangunan Alat Pengesan Paras dan Kualiti Air Sistem Menara Pendingin berbantukan IoT ini adalah berasaskan model ADDIE yang merangkumi fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan dan pengujian. Proses pengekodan untuk sistem pemantauan ini adalah menggunakan perisian Arduino IDE. Manakala perisian Fritzing digunakan untuk melakarkan litar skematik bagi sambungan Alat Pengesan Paras dan Kualiti Air Sistem Menara Pendingin berbantukan IoT. Tiga orang pakar telah dipilih untuk menguji kesesuaian reka bentuk produk yang telah dibangunkan ini. Secara keseluruhannya, reka bentuk produk ini sesuai untuk digunakan dan objektik kajian yang telah ditetapkan dapat dicapai oleh pengkaji.