Pembangunan aplikasi android subjek Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Tahun Enam (6) bagi topik Penghasilan Dan Pengujian Atur Cara

Kajian ini bertujuan membangunkan aplikasi android subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun enam (6) bagi topik penghasilan dan pengujian atur cara. Pembangunan aplikasi android bertujuan untuk membantu pelajar memahami dan mempelajari dengan lebih jelas konsep pembelajaran secara maya b...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hamzah, Norhasyimah, Mohd Pauzi, Siti Hawa Shakirah, Rubani, Siti Nur Kamariah, Ariffin, Arihasnida
Other Authors: Gerijih, Debie Devisser Gerijih
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/6782/1/1.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membangunkan aplikasi android subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun enam (6) bagi topik penghasilan dan pengujian atur cara. Pembangunan aplikasi android bertujuan untuk membantu pelajar memahami dan mempelajari dengan lebih jelas konsep pembelajaran secara maya berkenaan dengan topik yang berkaitan. Kajian ini menfokuskan kepada tiga reka bentuk dalam pembangunan aplikasi android reka bentuk bagi subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun enam (6) (topik penghasilan dan pengujian atur cara). Terdapat tiga reka bentuk yang dihasilkan iaitu reka bentuk isi kandungan, reka bentuk interaksi dan reka bentuk antaramuka. Pembangun membuat pengesahan bagi ketiga-tiga reka bentuk untuk menilai kebolehfungsiaan produk iaitu melibatkan pakar dalam pembangunan aplikasi android dan pakar dalam subjek tersebut. Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan pakar menyatakan produk yang dihasilkan memenuhi ketiga-tiga reka bentuk yang dinilai. Akhir sekali, diharapkan aplikasi ini dapat membantu pengguna dalam menguasai isi pelajaran yang disediakan.