Summary: | Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mendapatkan maklumat bagi fasa
kajian keperluan bagi laman web e-LK yang dibangunkan berpandu kepada Model
Rekabentuk Hannafin dan Peck. Reka bentuk kajian ini adalah kajian
eksperimental benar bagi ujian pra dan ujian pos terhadap satu kumpulan rawatan
sahaja. Sampel kajian yang dipilih adalah terdiri daripada 36 orang pelajar yang
mengambil jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Am) dan mereka
mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian yang
digunakan adalah borang soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian item iaitu
bahagian A dan bahagian B. Pada bahagian A merupakan maklumat demografi
responden yang akan digunakan untuk memperolehi maklumat. Seterusnya pada
bahagian B merupakan fasa kajian keperluan yang merangkumi empat peringkat
iaitu (1) mengenal pasti matlamat pembelajaran, (2) menganalisis kandungan
pelajaran LK, (3) menganalisis keperluan pelajar dan akhir sekali (4) Ujian Beta.
Data dianalisis secara deskriptif melalui analisis skor min. Hasil kajian mendapati
maklumat dapatan matlamat pembelajaran, kandungan pelajaran LK dan keperluan
pelajar dapat membantu pengkaji dalam membangunkan laman web e-LK
mengikut kehendak pengguna. Skor min bagi media teks dan elemen interaktif
perlu diambil kira dalam mereka bentuk laman web ini.
|