Summary: | Post Brook merupakan sebuah perkampungan masyarakat Orang Asli yang
terletak jauh di pedalaman dan salah satu tempat yang mendapat perhatian serius dari
beberapa pihak dalam mengembangkan Islam, malah berusaha meningkatkan
pencapaian dalam berbagai aspek kehidupan terrnasuk pendiclkan, kesihatan dan
sebagainya. Walaupun dlkatakan tempat ini jauh dari percatwan perhubungan luar
narnun, keadaan ini tidak seQkit pun menjadi penghalang bagi pengembangan Islam
kepada masyarakat di sana. Semenjak mutakhir ini perkembangan Islam di kalangan
Orang Asli begitu memberangsangkan malah peningkatannya begitu ketara dari
setahun ke setahun. Berasaskan ini telah menarik minat penulis untuk rnembuat
kajian serta melihat perkembangan Islam di kalangan mereka.
Untuk mencapai kearah itu, penulis mendapatkan data-data yang diperlukan
dengan menggunakan dua bentuk penyelidkan yang utama iaitu penyelidikan
perpustakaan (Library Research) dan penyelidikan lapangan (Field Research).
Penyelidikan perpustakaan kebanyakannya digunakan dalam hampir semua bab
terrnasuklah bab pertama, kedua, ketiga dan sedikit dalam bab keeinpat. Manakala
dalam penyelidikan lapangan pula penulis mengunakan beberapa bentuk metode
seperti metode interview, metode soalselidik dan metode: observasi bagi mendapatkan
data yang berkaitan dengan tepat.
Kajian ini memberi tumpuan kepada peningkatan pemeluk agarna Islam &
kalangan masyarakat Orang Asli dan meninjau dari sudut penerimaan mereka
terhadap agama Islam dan tahun 1987 - 1997, Q Post Brook, Gua Musang. Ini bag
memantapkan lagi perisian kajian supaya lebih bermutu.
Dalam bab I kajian ini, sebagai pendahuluan penulis memberi gambaran awal
tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan kajian ini. Antara lainnya ialah
tentang latar belakang kajian yang membicarakan berhubung dengan perkembangan
Islam dan Islam sebagai satu againa yang di redhai oleh Allah Ta'ala. Antara lain
yang dibincangkan ialah pernyataan masalah, kepentingan kajian ini, tujuan kajian ini
dibuat, batasan kajian, kajian-kajian lepas, pengertian tajuk bagi menjelaskan lagi
maksud dan kehendak tajuk kajian, metodolg kajian serta sisternetika kajian.
Dalam bab II pula, penulis memberi penumpuan kepada elemen persejarahan
di Kelantan dari aspek sejarah awal negeri Kelantan sebagai latarbelakang tempat
kajian. la juga meliputi era perkembangan Islam di Kelantan sebagai salah satu
gambaran awal iaitu menyatakan bahawa Kelantan merupakan satu tempat yang
berpotensi untuk Islam berkembang, dengan menyebut dalam kajian ini beberapa
orang tokoh UlamaS-Ularna' yang terkenal, bukan sekadar dalarn negeri malah
hinggalah keluar negeri dalarn rnemperkembangkan Islam melalui pengajaran ilmuilmu
agama.
Bab 111 penulis memberi penekanan kepada beberapa aspek yang berkaitan
dengan Orang Asli di rnana perkara yang dibincangkan dalkm bab ini ialah berkaitan
dengan istilah Orang Asli, Asal usul, penjumlahan masyarakat Orang Asli di Kelantan
dan juga meninjau mengenai kepercayaan yang wujud di kalangan mereka. Tidak
ketinggalan juga dalam bab ini penulis membincangkan perkembangan Islam di
kalangan mereka serta pihak yang bertanggungjawab menyebarkan Islam terhadap
rnasyarakat Orang Asli, maIah melihat dari sudut beberapa halangan yang dihadapi
oleh pendakwah dalam memperkembangan Islam kepada masyarakat Orang Asli.
Dalam bab IV penulis membincangkan berhubung dengan penyebaran Islam
di Post Brook sebagai tempat atau sasaran kajian, di mana dalam bab ini penulis
mengupas beberapa aspek utama yang berkaitan dengan Post Brook seperti Sejarah
Post Brook, Asa usul Masyarakat Orang Asli di sana, keadaan kehdupan mereka dari
3 aspek utama iaitu Ugama, Ekonomi, dan Sosial. Antara lain juga dibincangkan
dalam bab ini ialah tentang Institusi Sosial Orang Asli, kemasukan Islam di Post
Brook, pelopor kepada penyebaran Islam, faktor-faktor mereka tertarik kepada Islam
dan juga pendekatan yang digunakan oleh para pendakwah dalam menarik
masyarakat Orang Asli Post Brook menerima Islam serta pernasalahan yang dihadapi
oleh pendakwah mahupun keberkesanan dakwah yang dijalankan.
Bab yang terakhir sekali, iaitu dalam bab V penulis membuat rumusan
terhadap apa yang dibincangkan mengikut bab-bab yang terdapat dalam kajian
disertasi ini. Sejauhmana apa yang di usahakan itu mencapai kejayaan serta
membentangkan beberapa cadangan bagi meningkatkan lag1 usaha dan pencapaian
Dakwah Islamiah di kalangan masyarakat Orang Asli.
|