Summary: | Kajian ini mengkaji tret personaliti dan faktor pemilihan kategori pekerjaan dalam kalangan pelajar tahun
dua Diploma Vokasional Malaysia di Kolej Vokasional dari negeri Johor. Kajian ini menggunakan Teori Tipologi
Kerjaya Holland (1973) bagi mengenalpasti tret personaliti dan faktor utama yang mendorong pemilihan kerjaya
para pelajar di kolej vokasional. Seramai 104 orang telah menurut serta di dalam kajian ini yang terdiri daripada
pelajar tahun 2 Diploma Vokasional Malaysia yang menggunakan persampelan secara rawak. Alat kajian Self�Directed Search (SDS)-Form Eassy digunakan bagi meninjau tret personaliti responden, manakala item bagi faktor
yang mendorong pemilihan kategori pekerjaan pelajar dibangunkan sendiri orang pengkaji. Analisis data deskriptif
yang diperolehi menunjukkan bahawa faktor utama dalam pemilihan kerjaya responden adalah faktor minat. Dapatan
kajian juga menunjukkan profil personaliti keseluruhan responden adalah S(sosial), I(investigatif) dan R(realistik).
Ciri-ciri bagi kategori kerjaya ini adalah minat terhadap aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan memanipulasi orang
lain seperti memberitahu, melatih, mendidik, menghindari aktiviti yang eksplisit, berstruktur serta aktiviti yang
melibatkan bahan, peralatan dan mesin. Analisis Independent Sample T-test digunakan bagi melihat perbezaan yang
signifikan di antara faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya responden. Dapatan kajian menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan di antara faktor minat yang mempengaruhi pemilihan kerjaya responden. Kesimpulan dari
kajian ini adalah pemilihan kategori pekerjaan pelajar-pelajar di kolej vokasional adalah SIR iaitu berupaya bekerja
dengan orang lain dengan keupayaan kemahiran berfikir yang boleh diaplikasikan dalam kerja-kerja kemahiran
bersesuaian bidang pengajian teknologi yang dipilih. Selain daripada itu minat merupakan faktor utama dalam
pemilihan bidang dan pelajar-pelajar ini telah bersedia untuk menceburi bidang kerjaya yang selari dengan bidang
pengajian. Kepentingan kajian ini boleh menjadi sebahagian dari rujukan bagi pemilihan bidang pengajian kepada
pelajar-pelajar yang memilih TVET sebagai laluan kerjaya.
|