Streszczenie: | Kuda Kepang merupakan warisan kesenian yang terkenal di negeri
Johor. Menurut sejarah, kesenian Kuda Kepang berasal daripada
Tanah Jawa, Indonesia yang dibawa ke Tanah Melayu pada abad ke
15. Keseniaan Kuda Kepang telah berkembang menjadi suatu
warisan budaya yang masih diamalkan sebagai persembahan dalam
upacara perkahwinan dan majlis keraian. Pada tahun 2009,
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah mengeluarkan
keputusan berkaitan pengharaman persembahan dan dramatari Kuda
Kepang berikutan berdapat unsur yang menyalahi aspek akidah,
syariah dan akhlak. Justeru, artikel ini pertujuan untuk menyelusuri
khazanah warisan Kuda Kepang dan penelitian aspek mistik,
khurafat dan syirik yang terdapat dapat persembahan Kuda Kepang
di negeri Johor. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan
analisis dokumen sebagai kaedah pengumpulan data. Manakala
dapatan akan dianalisis menggunakan kaedah tematik. Hasil kajian
menunjukkan wujud elemen mistik, khurafat dan syirik dalam
persembahanan Kuda Kepang Mabuk (KKM) yang diamalkan oleh
kumpulan kesenian Kuda Kepang di negeri Johor. Amalan ini
bercanggah dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan aspek
Fiqh Mazhab Syafie.
|