Kepimpinan autentik dalam pendidikan teknik dan vokasional (PTV) di politeknik
Pentadbiran sesebuah organisasi yang cemerlang adalah bergantung kepada pemimpin yang mempraktikkan keseluruhan atau salah satu domain dalam kepimpinan autentik. Pemimpin yang tidak menitikberatkan domain-domain kepimpinan tersebut boleh mempengaruhi prestasi keija di kalangan pekeijanya sekal...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2007
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7318/1/24p%20FAZLINA%20YUNUS.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7318/2/FAZLINA%20YUNUS%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7318/3/FAZLINA%20YUNUS%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Pentadbiran sesebuah organisasi yang cemerlang adalah bergantung kepada
pemimpin yang mempraktikkan keseluruhan atau salah satu domain dalam kepimpinan
autentik. Pemimpin yang tidak menitikberatkan domain-domain kepimpinan tersebut
boleh mempengaruhi prestasi keija di kalangan pekeijanya sekali gus memberi impak
terhadap kualiti dan kemajuan organisasi tersebut. Kajian ini adalah bertujuan untuk
mengkaji domain-domain kepimpinan autentik Ketua Jabatan di Politeknik terhadap
prestasi keija pensyarah. Responden kajian terdiri daripada 259 orang pensyarah di tiga
buah politeknik di Semenanjung Malaysia iaitu Politeknik Kota Bharu yang terletak di
Kelantan, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah yang terletak di Pahang dan Politeknik
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Kedah. Responden telah dipilih secara rawak
mudah. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah tinjauan secara kuantitatif yang
menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan SPSS
yang melibatkan peratus, skor min, sisihan piawai dan pengujian hipotesis korelasi
Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Ketua Jabatan di Politeknik mengamalkan
keempat-empat domain kepimpinan autentik iaitu kesedaran diri [self awareness) (min =
3.95, sp = 0.491), proses keadilan (unbiased processing) (min = 4.01, sp = 0.520),
tingkah laku autentik (authentic behavior/action) (min = 4.03, sp = 0.511) dan
perhubungan keaslian (relational authenticity) (min = 4.06, sp = 0.525) dalam mentadbir
jabatan di Politeknik. Prestasi kerja pensyarah di bawah kepimpinan Ketua Jabatan secara
keseluruhannya berada di tahap sederhana. Hasil dapatan ini juga menunjukkan terdapat
perkaitan yang signifikan di antara prestasi keija pensyarah dengan keempat-empat domain
kepimpinan autentik yang diamalkan oleh Ketua Jabatan di Politeknik iaitu kesedaran diri
{self awareness) (r = 0.467), proses keadilan (unbiased processing) (r = 0.469), tingkah
laku autentik {authentic behavior/ action) (r = 0.466) dan perhubungan keaslian
{relational authenticity) (r =0.485). Secara kesimpulannya, Ketua Jabatan di Politeknik
mengamalkan domain-domain kepimpinan autentik dalam mengurus jabatan dan ini dapat
ditunjukkan dengan prestasi keija pensyarah yang sederhana. |
---|