Summary: | Kajian ini dijalankan oleh MOHD SABRI BIN ISMAIL di bawah tajuk: Metodologi
Dakwah Kepada Saudara Baru Di PERKIM Kelantan : Kajian Mengenai
Keberkesanan. Kajian ini di bawah Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Fokus utama kajian ini
ialah untuk melihat metodologi dakwah yang digunapakai oleh PERKIM dalam
menggerakkan dakwah kepada saudara baru. Ia juga untuk melihat sejauhmana
peranan dakwah yang dimainkan oleh PERKIM khususnya di Kelantan serta melihat
keberkesanan program dakwah kepada saudara baru sebagai satu usaha memantapkan
pengislaman mereka. Untuk mencapai kearah itu penyelidik telah mendapatkan data�data yang diperlukan dengan mengunakan dua bentuk penyelidikan yang utama, iaitu
penyelidikan perpustakaan dan lapangan. Melalui penyelidikan perpustakaan,
penyelidik memungut data-data melalui bahan-bahan bercetak. Manakala
penyelidikan lapangan pula, penyelidik mendapatkan maklumat daripada pengawai�pegawai PERKIM yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Untuk itu juga
penyelidik menyediakan set soalselidik bagi mendapat respon saudara baru untuk
mengetahui sejauhmana peranan dan keberkesanan program dakwah PERKIM. Hasil
kajian mendapati bahawa PERKIM sebagai sebuah badan dakwah benar-benar
berperanan bertepatan dengan objektif penubuhan PERKIM malah sumbangan
PERKIM begitu besar dalam dakwah. Ini kerana PERKIM telah melibatkan diri,
dalam segenap aspek dakwah kepada saudara baru. Begitu juga dengan pendekatan
yang digunakan oleh PERKIM amat berkesan untuk mendidik dan memantapkan
saudara baru dengan ajaran Islam. Cuma sikap sesetengah pegawai PERKIM sedikit
merencatkan perjalanan dakwah yang lebih baik.
|