Hubungan antara gaya pembelajaran terhadap pencapaian akademik pelajar kejuruteraan dalam subjek berkaitan grafik kejuruteraan berkomputer
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenaI pasti hubungan antara gaya pembelajaran pelajar kejuruteraan terhadap subjek berkaitan Grafik Kejuruteraan Berkomputer. Model Gaya Pembelajaran Pelajar Grasha-Riechmann yang terdiri daripada enam sifat, iaitu berdikari, pergantungan, penyertaan, pengh...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2009
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7378/1/24p%20NOR%20FAIRUZ%20HAYATI%20AMIR.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7378/2/NOR%20FAIRUZ%20HAYATI%20AMIR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7378/3/NOR%20FAIRUZ%20HAYATI%20AMIR%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenaI pasti hubungan antara gaya
pembelajaran pelajar kejuruteraan terhadap subjek berkaitan Grafik Kejuruteraan
Berkomputer. Model Gaya Pembelajaran Pelajar Grasha-Riechmann yang terdiri
daripada enam sifat, iaitu berdikari, pergantungan, penyertaan, penghindaran, persaingan
dan kolaboratif digunakan dalam kajian ini. Data dikumpul melalui penggunaan soal
selidik yang telah diteIjemahkan daripada inventori Gaya PembeIajaran PeIajar Grasha�Riechmann yang terdiri daripada 90 item. Seramai 200 orang responden yang dipilih
secara rawak berkelompok dalam kajian ini terdiri daripada pel aj ar ljazah SaIjana Muda
Kejuruteraan Pembuatan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang telah
mengikuti subjek Grafik Kejuruteraan & CADD yang ada mengaplikasikan perisian
grafik AutoCAD dalam silibusnya. Dapatan dianalisis melaIui komputer dengan
menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) Version 15.0 for
Windows. Skor min digunakan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang lazim
digunakan. Ujian-t pula digunakan untuk mencari perbezaan di antara pembolehubah
manakala ujian korelasi Pearson pula digunakan untuk menentukan hubungan antara
pembolehubah. Hasil kajian menunjukkan gaya belajar kolaboratif adalah gaya yang
lazim digunakan pelajar dengan skor min tertinggi iaitu 3.8275. Hasil anaIisis juga
mendapati terdapat perbezaan yang menunjukkan bahawa pelajar lelaki adaIah lebih
bersifat berdikari, penghindaran dan persaingan berbanding pelajar perempuan. Namun,
perbezaan menunjukkan bahawa gred pencapaian pelajar perempuan adalah lebih baik
daripada gred pencapaian pelajar lelaki. Dapatan kajian seterusnya mendapati tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian
akademik pelajar bagi subjek yang dikaji. lni berrnakna gaya pembelajaran tidak
memberikan pengaruh yangjelas terhadap pencapaian akademik pelajar. |
---|