Pembangunan modul pembelajaran kendiri (MPK) perakaunan awalan (P1105) bagi pelajar semester 1 diploma akauntansi dan pemasaran di politeknik
Kajian ini bertujuan membina dan mengkaji kesesuaian Modul Perakaunan Awalan (Pl 105) bagi topik Pelarasan Dan Pembetulan Kesilapan yang telah dihasilkan berdasarkan pengkajian Topik Sukar bagi pelajar yang mengikuti pengajian Diploma Pemasaran Semester 1 (DPR l) dan Diploma Akauntansi Semester 1 (D...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7451/1/24p%20SHARMILI%20MOHAMED%20RAFI.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7451/2/SHARMILI%20MOHAMED%20RAFI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7451/3/SHARMILI%20MOHAMED%20RAFI%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan membina dan mengkaji kesesuaian Modul Perakaunan Awalan (Pl 105) bagi topik Pelarasan Dan Pembetulan Kesilapan yang telah dihasilkan berdasarkan pengkajian Topik Sukar bagi pelajar yang mengikuti pengajian Diploma Pemasaran Semester 1 (DPR l) dan Diploma Akauntansi Semester 1 (DAT1) di politeknik - politeknik Malaysia. Antara aspek yang dikaji ialah untuk menilai sama ada modul yang dihasilkan mengandungi ciri-ciri modul yang berkesan darisegi rekabentuk modul dan mesra pengguna, serta dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelajar. Kajian ini dilakukan ke atas 121 orang pelajar Semester 1 yang mengikuti pengajian diploma dan 9 orang pensyarah yang mengajar subjek Perakaunan Awalan
(Pl l 05) di Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS). Skor min bagi persoalan pertama dan persoalan kedua hasil analisis pensyarah dan pelajar yang membincangkan ciri -ciri modul darisegi rekabentuk dan mesra pengguna ialah 3.89 iaitu berada pada tahap baik. Manakala persoalan kajian ketiga membincangkan mengenai kategori modul memenuhi keperluan dan kehendak pengguna ialah 3.94 menunjukkan modul ini amat diperlukan oleh pelajar di dalam proses P & P. Secara keseluruhan keputusan yang dihasilkan bagi ketiga -tiga persoalan berada di tahap setuju dan baik. Di akhir bab ini beberapa pandangan telah dikemukakan bagi meningkatkan mutu dan kualiti MPK yang dihasilkan. |
---|