Summary: | Penggunaan laman web sebagai bahan bantu pengajaran yang semakin banyak
digunakan di Malaysia telah memberikan satu cabaran kepada pembelajaran berasaskan
sesuatu kemahiran. Penilaian kemahiran atau domain psikomotor selalunya dinilai
berdasarkan aras Taksonorni Simpson (1972) yang mengandungi aras pengamatan,
persediaan, pergerakan terhad, mekanisme, pergerakan khusus, adaptasi dan keaslian.
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai satu laman web pembelajaran
kemah iran mendirisiap teodolit berasaskan Taksonomi Simpson. Data yang
dikumpulkan adalah secm'a kuantitatif dan kualitatif. Populasi bagi kajian ini adalah
seramai 99 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Ilmu Ukur di salah sebuah
Institut Pengajian Tinggi di Malaysia. Sampel yang diambil untuk mengetahui
keperluan reka bentuk laman web yang akan dibina adalah seramai 80 orang manakala
29 orang terlibat untuk menilai Iaman web tersebut. Instrumen yang digunakan adalah
borang soal selidik reka bentuk Iaman web, ujian penilaian (pra dan pos), borang
penilaian Iaman web, rakaman video, rakaman skrin, fail logging dan pemerhatian. Data
kuantitatif dianalisis secara deskriptif manakala data kualitatif dianalisis secara
pembentukan tema. Dapatan kajian mendapati elemen teks menjadi pilihan utama
dalam keperluan reka bentuk antara muka dengan min 4.18 diikuti video (4.17), grafik
(4.08), animasi (4.03) dan audio (3.81). Bagi keperluan reka bentuk informasi (strategi
pengajaran) laman web mata pelajaran teknikal ini, min yang dipero1eh adalah 4.12 dan
min bagi reka bentuk interaksi adalah 4.17. Di samping itu, berlaku peningkatan
kemahiran pelajar pada setiap aras Taksonomi Simpson selepas menggunakan laman
web pembelajaran terutamanya pada aras pertengahan iaitu aras persediaan, pergerakan
terhad, mekanisme dan pergerakan khusus. Pelajar juga dilihat banyak melakukan
pengulangan ke halaman yang dapat memberikan informasi kepada mereka apabila
mempelajari kemahiran mendirisiap menerusi Iaman web.
|