Pembinaan Sistem Pangkalan Data Pusat Sumber KUiTTHO: kajian terhadap penggunaan pusat sumber JPTV, FTK KUiTTHO dengan sistem pangkalan data yang dibina
Kajian ini dijalankan adalah untuk membina Sistem Pangkalan Data bagi Pusat Sumber KUiTTHO. Dengan pembinaan sistem ini adalah untuk mengenalpasti samada sistem yang dibina dapat memudahkan para pengguna serta kepada pihak pengurusan Pusat Sumber KUiTTHO dari segi peminjaman, pemulangan bahan,...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7752/1/24p%20ROSHILA%20ABDUL%20MUTALIB.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7752/2/ROSHILA%20ABDUL%20MUTALIB%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7752/3/ROSHILA%20ABDUL%20MUTALIB%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Kajian ini dijalankan adalah untuk membina Sistem Pangkalan Data bagi Pusat
Sumber KUiTTHO. Dengan pembinaan sistem ini adalah untuk mengenalpasti samada
sistem yang dibina dapat memudahkan para pengguna serta kepada pihak pengurusan
Pusat Sumber KUiTTHO dari segi peminjaman, pemulangan bahan, penambahan bahan
dan sebagainya. Kajian ini adalah direkabentuk menggunakan pendekatan tinjauan dan
pengumpulan data melalui kaedah instrumentasi borang soal selidik dan juga dengan
mengunakan kaedah temuduga. Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada
pengguna Pusat Sumber KUiTTHO dipilih secara rawak bagi menjawab soal selidik
yang dijalankan. Penganalisaan data adalah dilakukan dengan menggunakan perisian
Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) versi 10.0. Data dianalisa secara
kuantitatif bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan juga purata min. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa mojoriti daripada responden bersetuju dengan pembinaan
sistem pangkalan data Pusat Sumber KUiTTHO dan dengan pembinaan sistem ini segala
urusan dapat dijalankan dengan mudah dan cepat. Diharapkan dengan pembinaan sistem
pangkalan data Pusat Sumber KUiTTHO ini segala kesulitan yang dialami oleh
pengguna dan juga pihak teknikal Pusat Sumber KUiTTHO dapat diatasi dengan lebih
praktikal. |
---|