Summary: | Kesihatan mental ialah keadaan normal seseorang yang
tidak mempunyai masalah penyakit, hidup aman sejahtera
dan bermatlamat. Kesihatan mental juga membawa
pengertian tahap kefungsian seseorang itu sama ada selesa atau
tidak dengan diri dan cara hidup mereka. Danek & Lawrence
(1981) juga menekankan bahawa terdapat tiga aspek yang berkait
antara gangguan dan kebolehan seseorang itu:
1. Tingkah laku sosial merendahkan tahap kemahiran sosial
atau perhubungan.
2. Tingkah laku emosi menghasilkan kemurungan (depression),
kebimbangan (anxiety), fobia dan gangguan seksual yang
berasaskan emosi.
3. Isu berkaitan insomnia, kemampuan menahan sakit,
kawalan terhadap berat badan dan juga tingkah laku tidak
sihat seperti merokok, penggunaan alkohol dan salah guna
dadah.
|