Summary: | Bab ini membincangkan sejauh mana masyarakat Orang Asli
di Tasik Chini dipinggirkan daripada arus pembangunan
negara. Bab ini juga membincangkan status kesejahteraan
komuniti Orang Asli Jakun di Tasik Chini berdasarkan hasil
pemetaan aset yang dijalankan ke atas mereka dan harapan mereka
dari segi pembangunan sosial, ekonomi dan pembangunan fizikal
bagi menjamin kesejahteraan komuniti Orang Asli di Tasik Chini.
Seterusnya bab ini melihat langkah-langkah yang telah dan
perlu diambil oleh pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan
Kemajuan Orang Asli, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan
bagi memastikan tahap pendidikan, kesihatan, sosioekonomi dan
kesejahteraan hidup masyarakat Orang Asli di Tasik Chini terbela
|