Amalan penggunaan pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran guru prinsip perakaunan

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan penggunaan pendekatan konstruk:tivisme dalam pengajaran guru Prinsip Perakaunan. Aspek amalan penggunaan pendekatan konstruktivisme yang dikaji adalah kesediaan perancangan guru dan kaedah pengajaran guru terhadap pencapaian pelajar-pelajar dan Gred P...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Nor, Mohd Ridzuan
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/7814/2/24p%20MOHD%20RIDZUAN%20MOHD%20NOR.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7814/1/MOHD%20RIDZUAN%20MOHD%20NOR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7814/3/MOHD%20RIDZUAN%20MOHD%20NOR%20WATERMARK.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan penggunaan pendekatan konstruk:tivisme dalam pengajaran guru Prinsip Perakaunan. Aspek amalan penggunaan pendekatan konstruktivisme yang dikaji adalah kesediaan perancangan guru dan kaedah pengajaran guru terhadap pencapaian pelajar-pelajar dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi sekolah-sekolah di daerah negeri Johor. Selain itu juga kajian i.ni dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan faktor demografi yang signifikan mempengaruhi amalan kaedah pengajaran guru. Sampel kajian terdiri daripada 63 orang guru Prinsip Perakaunan sekolah-sekolah menengah di daerah Batu Pahat dan Muar. Kajian i.ni dijalankan secara tinjauan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Penganalisisan data bagi tujuan kajian i.ni menggunakan statistik deskriptif melibatkan skor min dan sisihan piawai manakala statistik inferensi seperti Ujian-t dan ANOVA digunakan untuk menjawab kesemua persoalan kajian. Hasil kajian deskriptif menunjukkan bahawa nilai skor min keseluruhan adalah tinggi bagi kesediaan perancangan guru ialah 3.722 dan kaedah pengajaran guru ialah 3.852. Ini menunjukkan amalan penggunaan pendekatan konstruktivisme dalan1 pengajaran guru adalah positif dan relevan. Kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan kaedah pengajaran guru dengan janti.na, opsyen dan pengalaman mengajar. Hal ini bermaksud amalan kaedah pengajaran guru tidak dipengaruhi oleh faktor demografi. Namun begitu terdapat beberapa aspek yang perlu diperhalusi dan penambahbaikan untuk meningkatkan mutu pendekatan konstruktivisme yang menjadi amalan guru-guru bagi membantu pelajar-pelajar meningkatkan kefahaman konsep Prinsip Perakaunan. Kesimpulannya kajian ini memberi maklumat. kepada pihak berkepentingan untuk melihat keberkesanan pendekatan konstruktivisme dalam menjayakan pengajaran Abad kc-21 yang menjadi agenda Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).