Hubungan antara jenis bahan bacaan dengan gaya pembelajaran pelajar sekolah menengah teknlk
Membaca merupakan elemen yang penting dalam proses pembelajaran kerana membaca merupakan asas kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran utama yang diperlukandalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, belum ada lagi kajian yang melibatkan jenis bahan bacaan dengan gaya p...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7925/1/24p%20SITI%20KHATIJAH%20MOHAMAD.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7925/2/SITI%20KHATIJAH%20MOHAMAD%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7925/3/SITI%20KHATIJAH%20MOHAMAD%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Membaca merupakan elemen yang penting dalam proses pembelajaran
kerana membaca merupakan asas kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan
kemahiran utama yang diperlukandalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Namun begitu, belum ada lagi kajian yang melibatkan jenis bahan bacaan dengan
gaya pembelajaran pelajar. Oleh yang demikian, satu kajian mengenai sejauh mana
jenis bahan bacaan memberi kesan ke atas gaya pembelajaran pelajar dijalankan.
Kajian yang dijalankan melibatkan empat buah sekolah menengah teknik yang
mewakili pelajar tingkatan empat bagi sekolah menengah teknik seluruh
semenanjung Malaysia dan responden seramai 445 orang. Sampel kajian diperoleh
dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Instrumen kajian yang
digunakan melibatkan indikator pengukuran bagi j enis bahan bacaan dan gaya
pembelajaran yang diamalkan. Hasil analisis yang dijalankan daripada data yang
diperoleh mendapati bahawa, bahan bacaan komik menjadi bahan bacaan utama
pelajar. Namun tahap pembacaan keseluruhan pelajar adalah masih di peringkat
sederhana. Gaya pembelajaran yang paling tinggi diamalkan oleh pelajar adalah gay a
pembelajaran secara pragmatis diikuti oleh gaya pembelajaran reflektif. Daripada
analisis yang dijalankan didapati wujudnya hubungan yang signifikan di antara jenis
bahan bacaan yang dibaca dengan gaya pembelajaran yang diamalkan. Gaya
pembelajaran reflektif dilihat mempunyai korelasi positif yang signifikan dengan
bahan bacaan politik yang dibaca pelajar. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan
bahawajenis bahan bacaan yang dibaca mempengaruhi gaya pembelajaran yang
diamalkan. |
---|