Tinjauan terhadap tahap kesedaran keselamatan pekerja binaan dan kontraktor menurut persepsi pelajar semester V dan VI Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik Ungku Omar, Ipoh yang menjalani latihan industri di tapak bina
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesedaran keselamatan pekerja binaan dan kontraktor di tapak bina. Aspek penting di dalam kesedaran keselamatan pekerja binaan adalah berhubung dengan penggunaan peralatan perlindungan dan pengendalian peralatan kerja di tapak bina. Manakal...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8013/1/24p%20MARDZIAH%20KAMARUDIN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8013/2/MARDZIAH%20KAMARUDIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8013/3/MARDZIAH%20KAMARUDIN%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesedaran
keselamatan pekerja binaan dan kontraktor di tapak bina. Aspek penting di dalam
kesedaran keselamatan pekerja binaan adalah berhubung dengan penggunaan
peralatan perlindungan dan pengendalian peralatan kerja di tapak bina. Manakala
aspek yang dikaji terhadap kesedaran keselamatan kontraktor adalah berkaitan
dengan kebajikan pekerja binaan dan perancangan yang dibuat oleh kontraktor untuk
meningkatkan keselamatan di tapak bina. Seramai 98 orang pelajar Semester IV, V
dan VI Diploma Kejuruteraan Awam, di Politeknik Ungku Orp.ar, Ipoh yang
merupakan populasi iaitu lebih kurang 66% daripada populasi itu telah dipilih
sebagai responden. Pemilihan dibuat secara rawak dan dipilih di kalangan pelajar
semester V dan VI kursus tersebut. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen
kajian dan kemudiannya dianalisis dengan menggunakan SPSS (Statistical Package
For Social Sciences). Data-data yang diperolehi daripada bonmg soal selidik itu,
dianalisis dalam bentuk min dan sisihan piawai. Keputusan dibentangkan dalam
bentukjadual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesedaran keselamatan
pekerja binaan dan kontraktor adalah sederhana tinggi. Akhir sekali, cadangan untuk
kajian akan datang dalam bentuk senarai semak keselamatan q.i tapak bina dan
rangka modullatihan keselamatan kepada pelajar yang akan rnenjalani latihan
industri di tapak bina dikemukan. |
---|