Summary: | Al-Asma Al-Husna adalah rangkai kata yang merujuk kepada Nama-Nama Allah yang membawa maksud
ketinggian serta kemashyuran pada sifat-sifatNya serta mengandungi kebaikan, keindahan dan
kecantikan dari maknanya.Kebanyakan penulis yang menghuraikan Al Asma Al Husna ini sering kali
menyatakan kebaikan yang bakal diperolehi daripada perbuatan menyebut, memahami dan menghayati
maksud nama-nama Allah ini dalam kehidupan seharian. Namun, didapati falsafah ilmu kejuruteraan
barat telah memisahkan elemen agama dalam teori-teori ilmu kejuruteraan mereka. Oleh itu, teori-teori
ini bercanggah dengan kaedah ilmu dalam Islam iaitu menggabungkan antara agama dan ilmu. Justeru,
kajian ini memberikan tumpuan kepada menggali konsep al-Asma al-Husna untuk menghubungkan
dengan falsafah ilmu kejuruteraan. Artikel ini adalah berbentuk kajian konsep yang mengaplikasi metode
analisis kandungan sebagai metode utama untuk mendapatkan data tentang menghubung Nama-Nama
Allah SWT yang mulia ini dengan ilmu kejuruteraan sebagai asas untuk pembinaan falsafah ilmu
kejuruteraan Islam. Hasil kajian menunjukkan melalui kefahaman dan penghayatan yang mendalam
terhadap hakikat maksud nama-nama tersebut akan mendorong para jurutera Islam untuk berpegang
kepada falsafah ilmu kejuruteraan yang mereka pelajari sebagai satu bentuk kiasan dari
ilmu,kebijaksanaan, kekuasaan dan kreativiti Allah SWT.
|