Kebolehgunaan pembelajaran berbantu komputer untuk mata pelajaran pengukuran di politeknik
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk melihat kebolehgunaan perisian pembelajaran berbantukan komputer untuk mata pelajaran Pengukuran yang telah dibangunkan untuk membantu pelajar di dalam proses pembelajaran mereka. Perisian utama yang digunakan untuk membangunkan perisian pembelajaran...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8162/1/24p%20MOHD%20FADZLI%20SALEM.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8162/2/MOHD%20FADZLI%20SALEM%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8162/3/MOHD%20FADZLI%20SALEM%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk melihat kebolehgunaan perisian
pembelajaran berbantukan komputer untuk mata pelajaran Pengukuran yang telah
dibangunkan untuk membantu pelajar di dalam proses pembelajaran mereka. Perisian
utama yang digunakan untuk membangunkan perisian pembelajaran berbantu komputer
ini ialah Macromedia Authorware 6. Kajian ini tertumpu kepada isi kandungan perisian
yang dibangunkan untuk membantu pelajar dalam proses pembelajaran, menghasilkan
perisian yang memenuhi keperluan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengenal pasti
pengaruh pembelajaran berbantu komputer yang dibangunkan dalam memotivasikan
pelajar dan menyediakan antara muka perisian yang boleh menarik minat pelajar. Kajian
kes ini telah dilakukan di Politeknik Johor Bahru, Johor. Responden bagi kajian ini
terdiri daripada 48 orang pelajar Sijil Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Johor Bahru.
Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen
kajian. Data yang di dapati dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages
For Social Sciences (SPSS) versi 11.0. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa
perisian pembelajaran berbantukan komputer untuk mata pelajaran Pengukuran ini
mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi dan dapat membantu pelajar di dalam
proses pembelajaran serta sesuai untuk dijadikan sumber rujukan alternatif dalam
mempelajari mata pelajaran Pengukuran di politeknik. |
---|