Pemurnian manual prosedur ujikaji Makmal Geoteknik Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)
Kajian ini bertujuan untuk memurnikan manual prosedur ujikaji Makmal Geoteknik KUiTTHO, dengan berkonsepkan mesra pengguna dan menggunakan pendekatan grafik. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menguji kebolehgunaan dan kebolehlaksanaan manual sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran a...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8236/1/24p%20NORHAZIZI%20ABDUL%20MUTHALIB.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8236/2/NORHAZIZI%20ABDUL%20MUTHALIB%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8236/3/NORHAZIZI%20ABDUL%20MUTHALIB%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk memurnikan manual prosedur ujikaji Makmal
Geoteknik KUiTTHO, dengan berkonsepkan mesra pengguna dan menggunakan
pendekatan grafik. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menguji kebolehgunaan
dan kebolehlaksanaan manual sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran amali
pelajar di Makmal Geoteknik KUiTTHO. Piawaian British Standard Method Of Test
For Soil For Civil Engineering Purposes (BS 1377 : 1990) telah digunakan di dalam
menghasilkan manual ini. Kajian telah dijalankan dengan menggunakan kaedah
kuantitatif dan data telah dikumpulkan dengan menggunakan instrumen berbentuk
borang soal selidik dan prototaip manual yang telah dimurnikan. Sampel kajian terdiri
daripada tujuh (7) orang pensyarah dan penyelia Makmal Geoteknik dan seratus tujuh
puluh (170) orang pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam yang terlibat dengan
pembelajaran amali di Makmal Geoteknik pada semester ke dua sesi 2002/2003. Datadata
yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan kaedah peratusan dan min
bagi mengetahui tahap persepsi staf dan pelajar terhadap manual yang dimurnikan.
Hasil kajian menunjukkan manual bersifat mesra pengguna. Didapati penggunaan
pendekatan grafik dapat membantu pemahaman pelajar dalam pembelajaran amali dan
manual boleh diguna dan dilaksanakan sebagai panduan pelajar dalam pembelajaran
amali di Makmal Geoteknik KUiTTHO. |
---|