Kesan model APMI terhadap tahap kemahiran berfikir secara kritis dan penyelesaian masalah pelajar dalam kursus teknologi elektrik 1
Penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan penyelesaian masalah merupakan masalah dalam kalangan pelajar. Justeru, cabaran yang semakin meningkat dalam dunia pekerjaan menyebabkan para graduan perlu daya saing yang tinggi bagi memenuhi kehendak pasaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pa...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8281/1/24p%20MOHD%20ZAMRI%20SHARIF.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8281/2/MOHD%20ZAMRI%20SHARIF%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8281/3/MOHD%20ZAMRI%20SHARIF%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan penyelesaian masalah merupakan
masalah dalam kalangan pelajar. Justeru, cabaran yang semakin meningkat dalam
dunia pekerjaan menyebabkan para graduan perlu daya saing yang tinggi bagi
memenuhi kehendak pasaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap
kemahiran berfikir secara kritis dan penyelesaian masalah pelajar serta mengenal pasti
tahap pencapaian akademik pelajar berdasarkan pelaksanaan Model APMI dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Model APMI merupakan pengubahsuaian daripada
pembelajaran Model MIAP. Model APMI merangkumi empat langkah utama dalam
pendekatan pembelajaran yang mengutamakan penilaian terhadap tahap kemahiran
individu. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti persepsi pelajar terhadap
pembelajaran Model APMI dalam proses PnP bagi kursus Teknologi Elektrik 1. Reka
bentuk kajian yang digunakan adalah eksperimen kuasi. Kaedah analisis yang
digunakan melibatkan nilai skor min, sisihan piawai, perbezaan markah, Paired
sample t-test dan ANCOVA. Hasil daripada analisis kajian menunjukkan keputusan
yang positif dari aspek penguasaan Kemahiran berfikir secara kritis dan penyelesaian
masalah pelajar. Namun, tahap pencapaian kognitif bagi kandungan topik Teknologi
Elektrik 1 hanya berada di tahap sederhana. Tambahan pula, penerimaan pelajar
terhadap pendekatan pembelajaran berasaskan Model APMI adalah sederhana.
Kesimpulannya, dapatan kajian membuktikan bahawa pendekatan pembelajaran
Model APMI ini dapat mempertingkatkan tahap kemahiran berfikir secara kritis dan
penyelesaian masalah pelajar serta membantu diri pelajar dari segi pencapaian
akademik dalam topik Teknologi Elektrik 1. |
---|