Merekabentuk dan menilai modul pengajaran dan pembelajaran mekanik pepejal 1 (mmpl) bagi kursus diploma kejuruteraan mekanikal
Mekanik Pepejal merupakan teras kepada bidang kejuruteraan Mekanikal. Faktor terpenting mempastikan para pelajar menguasai konsepnya adalah melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna. Tinjauan awal kami ke atas keputusan peperiksaan semester bagi mata pelajaran Mekanik Pepejal bagi...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8535/1/24p%20A.AZMAN%20AHMAD.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8535/2/A.AZMAN%20AHMAD%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8535/3/A.AZMAN%20AHMAD%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Mekanik Pepejal merupakan teras kepada bidang kejuruteraan Mekanikal. Faktor
terpenting mempastikan para pelajar menguasai konsepnya adalah melalui proses
pengajaran dan pembelajaran yang sempurna. Tinjauan awal kami ke atas keputusan
peperiksaan semester bagi mata pelajaran Mekanik Pepejal bagi peringkat diploma di
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) menunjukkan bahawa
kebanyakan pelajar hanya mendapat keputusan sederhana dalam matapelajaran
tersebut. Kebanyakan responden iaitu para pensyarah mata pelajaran Mekanik
Pepejal bersetuju bahawa keadaan tersebut disebabkan pelajar gagal menguasai
konsep yang dipelajari. Di atas dasar tersebut, sebuah Modul Pengajaran dan
Pembelajaran Mekanik Pepejall (MMPl) telah dihasilkan. Modul ini dibentuk
berdasarkan Model Addie. Pendekatan yang digunakan bagi merekabentuk modul ini
adalah berdasarkan strategi pengajaran direktifyang diharmonikan dengan gaya
pembelajaran pelajar. Responden yang dipilih bagi kajian keberkesanan modul
adalah terdiri daripada para pensyarah matapelajaran Mekanik Pepejal dari Kolej
Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) dan labatan Mekanik Gunaan
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia dan labatan
Mekanikal Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. Mereka telah diminta
untuk menilai isi, sifat user friendly dan kebolehlaksanaan modul tersebut. Di
samping itu, hubungan signifikan antara pengalaman mengajar matapelajaran dan
penilaian M1v1P 1 turnt dilihat. Keputusan skor min menunjukkan isi kandungan, sifat
user fiiendly dan kebolehlaksanaan MMPI yang hasilkan masih berada dalam tahap
sederhana dalam membantu pensyarah menyampaikan konsep dengan berkesan
kepada pelajar. Ujian korelasi menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang
hubungan signifikan antara pengalaman pensyarah mengajar matapelajaran Mekanik
Pepejal dengan penilaian MMPI. |
---|