Kajian terhadap kos pembinaan rumah kos rendah di Sarawak
Kerajaan telah memperkenalkan perumahan kos rendah bagi menampung keperluan rakyat ekoran kenaikan harga rumah setiap tahun. Namun begitu, projek perumahan kos rendah di Sarawak kurang mendapat keuntungan disebabkan peningkatan kos pembinaan. Terdapat beberapa faktor masalah yang menyumbang kepad...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/855/1/24p%20ROLYSELRA%20ORBINTANG%20ANAK%20ROBIN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/855/2/ROLYSELRA%20ORBINTANG%20ANAK%20ROBIN%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Kerajaan telah memperkenalkan perumahan kos rendah bagi menampung keperluan
rakyat ekoran kenaikan harga rumah setiap tahun. Namun begitu, projek perumahan kos
rendah di Sarawak kurang mendapat keuntungan disebabkan peningkatan kos pembinaan.
Terdapat beberapa faktor masalah yang menyumbang kepada masalah kos pembinaan
rumah kos rendah meningkat. Contohnya, kenaikan harga bahan binaan. Objektif kajian
ini adalah untuk mengenalpasti masalah kos pembinaan rumah kos rendah dan cabaran
kerajaan Sarawak dalam membina perumahan kos rendah selain untuk mengenalpasti
strategi bagi mengatasi masalah tersebut. Oleh itu, bagi menjawab objektif kajian, kajian
ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan menemu bual pihak yang terlibat dengan
pembinaan rumah kos rendah di Sarawak dengan menggunakan kaedah temu bual semi
struktur dalam mendapatkan data kajian. Data kajian pula telah dianalisis dengan
menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil daripada kajian ini mendapati masalah
utama kos pembinaan rumah kos rendah di Sarawak adalah kos tanah, kekangan
infrastruktur dan kenaikan harga bahan binaan. Cabaran utama kerajaan Sarawak dalam
membina rumah kos rendah adalah perbezaan matlamat antara pemaju awam dan swasta
dan pandangan negatif pemaju. Strategi utama kerajaan Sarawak dalam menangani
masalah kos pembinaan rumah kos rendah iaitu pengurusan projek secara cekap,
perancangan sumber secara bijak, pembinaan rumah bertingkat, pengurangan kos bahan
binaan dan menggalakan penggunaan teknologi moden. Kepentingan kajian ini adalah
kajian ini boleh dijadikan bahan rujukan kepada pelajar serta pihak pemaju rumah kos
rendah dalam mengenalpasti strategi yang digunakan di dalam mengurangkan masalah
kos pembinaan perumahan kos rendah. |
---|