Kegagalan struktur bumbung disebabkan oleh beban angin

Kegagalan struktur bumbung yang disebabkan oleh kepingan atap yang tercabut oleh angin kencang menyebabkan kerosakan yang teruk pada bangunan termasuklah harta benda dan sebagainya. Kebanyakan kes yang dilaporkan menunjukkan kegagalan berlaku pada sarnbungan antara kepingan atap dan rangka kekud...

Volledige beschrijving

Bibliografische gegevens
Hoofdauteur: Jamellodin, Zalipah
Formaat: Thesis
Taal:English
Gepubliceerd in: 2005
Onderwerpen:
Online toegang:http://eprints.uthm.edu.my/8576/1/24p%20ZALIPAH%20JAMELLODIN.pdf
Omschrijving
Samenvatting:Kegagalan struktur bumbung yang disebabkan oleh kepingan atap yang tercabut oleh angin kencang menyebabkan kerosakan yang teruk pada bangunan termasuklah harta benda dan sebagainya. Kebanyakan kes yang dilaporkan menunjukkan kegagalan berlaku pada sarnbungan antara kepingan atap dan rangka kekuda ataupun sambungan antara rangka kekuda dan rasuk bumbung. Projek ini melakukan analasisi beban angin pada struktur bumbung untuk kedua-dua jenis bangunan kajian kes. Saiz bangunan, lokasi, perincian pembinaan bumbung dan ciriciri beban angin yang berkaitan adalah sarna seperti kes-kes kegagalan yang dilaporkan. Hasil daya yang bertindak untuk setiap sambungan dibandingkan dengan kapasiti sambungan yang serupa yang diperoleh daripada ujian makmal. Keputusan menunjukkan, sambungan yang diarnalkan dalarn pembinaan bumbung pada masa ini dengan kepingan atap yang ringan tidak mempunyai kapasiti yang cukup untuk menghalang halaju angin 35 mls atau lebih. Justeru, kajian ini mencadangkan penggunaan sistem bumbung genting konkrit adalah efektif dan selamat kerana berat sendirinya yang tinggi dan jarak antara rangka kekuda yang rap at disebabkan oleh berat sendirinya.