Penggunaan visual grafik melalui multimedia interakitf dalam pengajaran dan pembelajaran statistik asas
Penggunaan visual grafik tidak asing lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun dengan adanya kemajuan teknologi dalam dunia pendidikan hari ini, penggunaan visual grafik seperti warna, tipografi dan ilustrasi kini mampu disampaikan dalam bentuk yang lebih efektif seperti melalui multim...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8587/1/24p%20KHATIJAH%20MD.%20SAAD.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8587/2/KHATIJAH%20MD.%20SAAD%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8587/3/KHATIJAH%20MD.%20SAAD%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Penggunaan visual grafik tidak asing lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Namun dengan adanya kemajuan teknologi dalam dunia pendidikan hari ini,
penggunaan visual grafik seperti warna, tipografi dan ilustrasi kini mampu
disampaikan dalam bentuk yang lebih efektif seperti melalui multimedia interaktif.
Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji kesan penggunaan visual grafik melalui
multimedia interaktif dalam pembelajaran matematik (statistik asas) di peringkat
menengah. Kajian yang dijalankan adalah menggunakan rekabentuk pra dan pasca
ujian dengan kumpulan eksperimen dan kawalan. Sampel kajian adalah dua
kumpulan pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato'Onn,
Butterworth, Pulau Pinang. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa (i) penggunaan
visual grafik melalui multimedia interaktif telah meningkatkan pencapaian dalam
ujian statistik (ii) penggunaan visual grafik melalui multimedia interaktif juga telah
meningkatkan interaksi dua hala antara guru-pelajar dan pelajar-pelajar dan (iii)
antara tiga jenis elemen grafik yang dikaji, elemen tipografi telah dikenalpasti oleh
pelajar sebagai elemen paling penting bagi membantu mereka dalam mempelajari
statistik. Kesimpulan yang telah dibuat ialah, penggunaan visual grafik melalui
multimedia interaktif boleh membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dalam matematik. |
---|