Pengaruh rekabentuk bangunan terhadap proses pembelajaran: satu tinjauan di Politeknik Kota, Melaka
Pendidikan merupakan satu bidang yang amat luas dan besar pengaruhnya dalam membentuk sesebuah masyarakat. Bagi mewujudkan sistem pendidikan yang sempurna, setiap aspek yang berhubung kait dengan bidang pendidikan perlu di ambil kira kepentingannya. Antaranya ialah penekanan kepada aspek luaran s...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8590/1/24p%20MASRI%20AHMAD.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8590/2/MASRI%20AHMAD%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8590/3/MASRI%20AHMAD%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Pendidikan merupakan satu bidang yang amat luas dan besar pengaruhnya
dalam membentuk sesebuah masyarakat. Bagi mewujudkan sistem pendidikan yang
sempurna, setiap aspek yang berhubung kait dengan bidang pendidikan perlu di ambil
kira kepentingannya. Antaranya ialah penekanan kepada aspek luaran seperti
kemudahan prasarana yang lengkap dan selesa. Kajian kes ini adalah bertujuan
mengkaji keselesaan pelajar semasa menjalani proses pembelajaran dilihat dari aspek
persekitaran kawasan kampus, rekabentuk bangunan, kesesuaian lokasi dan kemudahan
fizikal yang sedia ada. Bagi mendapatkan gambaran sebenar, pengukuran kualitatif
terhadap tahap keselesaan pelajar dilakukan dengan mengambil 129 orang pelajar
sebagai responden yang terdiri daripada pelajar pelbagai kursus di Politeknik Kota,
Melaka. Kajian berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik dilakukan untuk
mendapatkan penilaian pelajar terhadap pengaruh rekabentuk bangunan terhadap proses
pembelajaran mereka. Hasil dapatan di analisis menggunakan kaedah peratusan dan
nilai purata. Dari hasil kajian dan perbincangan, dapatan yang diperolehi menunjukan
rekabentuk dan kedudukan kampus juga menyumbang kepada aras keselesaan pelajar
sewaktu menjalani proses pembelajaran sekaligus menuntut perancangan yang teliti dan
rapi dalam menyediakan kemudahan pembelajaran yang bersesuaian dengan situasi
pelajar. |
---|