Summary: | Penyelesaian berangka bagi masalah aliran mantap lapisan sempadan olakan bebas
berlamina terhadap silinder membulat dan mengufuk dengan syarat sempadan
isoterma di dalam bendalir likat diperoleh dalam kajian ini. Persamaan menakluk
lapisan sempadan terlebih dahulu dijelmakan ke dalam bentuk tak berdimensi.
Seterusnya, persamaan tersebut dijelma menggunakan penjelmaan tak serupa.
Persamaan yang terhasil diselesai secara berangka menggunakan kaedah beza terhingga
tersirat yang efisien iaitu skim kotak Keller. Penyelesaian yang terhasil
bagi ciri-ciri pemindahan haba bagi kes nombor Prandtl, Pr=l diguna untuk
membandingkan ketepatan kaedah ini dengan kaedah yang digunakan sebelumnya
(Merkin 1976). Keputusan yang diperoleh menunjukkan hasil perbandingan adalah
baik. Keputusan baru bagi kes nombor Prandtl, Pr=7 dengan skop masalah yang
sama juga dibincangkan. Di samping itu, profil halaju dan profil suhu bagi nombor
Prandtl Pr=l dan Pr=7 juga diketengahkan. Didapati, pekali pemindahan haba
menokok, berbanding pekali geseran kulit yang menyusut dengan pertambahan
nilai Pr. Seterusnya, profil suhu dan profil halaju menyusut pada lapisan yang
lebih jauh dari permukaan silinder.
|