Penghasilan buku panduan kerja luar ukur takimetri bagi meningkatkan tahap kefahaman pelajar dalam pembelajaran secara amali
Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan satu Buku Panduan Keija Luar Ukur Takimetri untuk digunakan oleh pelajar dalam pembelajaran secara amali di makmal. Penilaian terhadap kajian ini adalah merangkumi kepada tiga objektif yang telah dinyatakan iaitu menghasilkan buku panduan yang berkonsepkan...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8658/1/24p%20NOOR%20AZMA%20ABU%20BAKAR.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8658/2/NOOR%20AZMA%20ABU%20BAKAR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8658/3/NOOR%20AZMA%20ABU%20BAKAR%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan satu Buku Panduan Keija Luar
Ukur Takimetri untuk digunakan oleh pelajar dalam pembelajaran secara amali di
makmal. Penilaian terhadap kajian ini adalah merangkumi kepada tiga objektif yang
telah dinyatakan iaitu menghasilkan buku panduan yang berkonsepkan mesra
pengguna, untuk mengetahui samada penggunaan grafik dalam buku panduan dapat
meningkatkan kefahaman pengguna dan untuk mengetahui samada buku panduan ini
sesuai untuk digunakan dalam pembelajaran secara amali di makmal. Kajian ini
dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan berbentuk kuantitatif dimana ia
menggunakan instrumen berbentuk borang soal selidik. Seramai 36 orang
responden telah dipilih dalam pelaksanaan kajian ini yang terdiri daripada pelajar
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional, Semester 2, Sesi
2003/2004. Maklum balas yang diperolehi melalui edaran borang soal selidik telah
dianalisis secara statistik dengan menggunakan perisian Statistical Package for
Social Science (SPSS) Versi 10. Hasil daripada analisis yang telah dibuat didapati
bahawa buku panduan yang dihasilkan ini adalah berkonsepkan mesra pengguna.
Penggunaan grafik yang diterapkan ke dalam buku panduan ini juga dapat
meningkatkan kefahaman pengguna dalam melakukan keija amali ukur. Selain itu,
hasil daripada analisis yang dibuat menunjukkan bahawa buku panduan ini sesuai
untuk digunakan dalam pembelajaran secara amali di makmal dimana nilai skor min
yang diperolehi berada pada tahap yang tinggi iaitu dalam julat 3.81 hingga 5.00. |
---|