Latihan industri membuka peluang pekerjaan kepada graduan lepasan Politeknik Malaysia
Tujuan kajian ini dilaksanakan untuk menilai sumbangan latihan industri terhadap peningkatan kemahiran pelajar-pelajar Diploma Teknologi Maklumat di Politeknik. Tiga kemahiran insaniah yang diskopkan iaitu kemahiran teknikal, kemahiran komunikasi dan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat. R...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2007
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8673/1/24p%20AZMAN%20AHMAD.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8673/2/AZMAN%20AHMAD%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8673/3/AZMAN%20AHMAD%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Tujuan kajian ini dilaksanakan untuk menilai sumbangan latihan industri terhadap
peningkatan kemahiran pelajar-pelajar Diploma Teknologi Maklumat di Politeknik. Tiga
kemahiran insaniah yang diskopkan iaitu kemahiran teknikal, kemahiran komunikasi dan
pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat. Responden dipilih secara rawak iaitu 75
responden dari Politeknik Johor Bharu dan 28 responden dari Politeknik Tuanku Syed
Sirajuddin. Data dianalisis secara diskriptif menggunakan perisian Statistic Package of
Social Science (SPSS). Taburan min dan sisihan piawai digunakan untuk analisis kajian
ini. Berdasarkan kajian yang dijalankan, pihak industri telah menerapkan kemahirankemahiran
ini kepada para pelajar (skor min = 3.96). Tahap kemahiran komunikasi
pelajar juga menunjukkan berada pada tahap yang tinggi (skor min = 4.06) kecuali
sebahagiannya menunjukkan tahap penguasaan yang sederhana iaitu kemahiran
berkomunikasi dalam bahasa Inggeris (skor min = 3.17), pengetahuan pelajar dalam
bidang teknologi maklumat berada pada tahap (skor min = 3.97) dan kemahiran teknikal
pelajar berada pada tahap (skor min = 3.83). Bagi faktor demografi jantina tidak terdapat
perbezaan yang signifikan pengaruh jantina untuk ketiga-tiga kemahiran yang diterapkan.
Selain itu, kajian ini juga telah menggariskan faktor keberkesanan program latihan
industri mengikut keutamaannya. Secara keseluruhannya, latihan industri yang
dijalankan telah dapat meningkatkan kemahiran para pelajar. |
---|