Pembangunan modul pembelajaran lukisan kejuruteraan awam bagi pelajar KUiTTHO
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah modul pembelajaran Lukisan Kejuruteraan. Objektif pembangunan modul ialah isi kandungan modul mestilah memenuhi kurikulum subjek Lukisan Kejuruteraan, mempunyai tahap kebolehlaksanaan yang tinggi serta bersifat mesra pengguna. Skop kajian menjurus ke...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8681/1/24p%20HASYIMUNFAZLIE%20MUHAMAD%20YUSOFF.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8681/2/HASYIMUNFAZLIE%20MUHAMAD%20YUSOFF%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8681/3/HASYIMUNFAZLIE%20MUHAMAD%20YUSOFF%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah modul pembelajaran Lukisan
Kejuruteraan. Objektif pembangunan modul ialah isi kandungan modul mestilah
memenuhi kurikulum subjek Lukisan Kejuruteraan, mempunyai tahap kebolehlaksanaan
yang tinggi serta bersifat mesra pengguna. Skop kajian menjurus kepada pelajar Ijazah
Saijana Muda PTV di KUiTTHO. Rekabentuk kajian ialah berbentuk deskriptif.
Manakala jenis kajian ialah kuantitatif iaitu kajian yang melibatkan pengumpulan data.
Instrumen kajian ialah borang soal selidik yang mempunyai beberapa bahagian yang
boleh menjawab persoalan kajian. Kaedah analisis yang digunakan ialah Alpha
Cronbach untuk mencari nilai kebolehpercayaan instrumen kajian. Nilai
kebolehpercayaan daripada kajian rintis ialah 0.8039. Analisis dijalankan menggunakan
perisian SPSS. Data dianalisis secara kuantitatif bagi mendapatkan nilai skor min,
frekuensi dan peratusan. Sampel kajian seramai 23 orang telah dipilih ketika Post Test
dijalankan. Hasil daripada analisis data menunjukkan nilai skor min bagi bahagian isi
kandungan ialah 4.08. Manakala dari aspek tahap kebolehlaksanaan pula, nilai skor min
ialah 4.18. Nilai skor min bagi aspek mesra pengguna ialah 4.17. Oleh itu dapatlah
disimpulkan bahawa modul pembelajaran yang dibangunkan ini mememenuhi objektif
penghasilan modul berdasarkan hasil analisis yang telah dilakukan. Pengkaji
mencadangkan modul ini dimumikan lagi ke dalam bentuk CD serta pertambahan isi
kandungan supaya dapat digunakan oleh pelajar lain. |
---|